Pendapatan Pemandu Grab Jika Memandu 5 Hari Seminggu

Pendapatan Pemandu Grab Jika Memandu 5 Hari Seminggu. Fuh bersawang blog kesayangan PG nih. Sibuk bawak grab tuh yang kurang masa nak menulis. Nak buat macam mana kan, cari duit lebih penting. Hehe. Tapi Insya Allah lepas nih PG akan cuba update blog at least seminggu sekali.

Pemandu Grab asasnya ada 2 jenis. Satu yang jenis suka tambang mahal-mahal, yang nih digelar fare player. Lagi satu yang jenis suka tambang rendah, yang nih digelar incentive player.

Pada awalan bawak Grab dulu, PG dah cuba kedua-dua cara iaitu sebagai fare player dan incentive player. Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Korang kena cuba setiap cara tersebut then buatlah perbandingan. Perbandingan berdasarkan untung rugi, penjimatan minyak, masa, kawasan dan jiwa korang.

Jangan buat keputusan berdasarkan pilihan pemandu-pemandu Grab yang lain. Korang yang kena cuba dan buat keputusan sendiri. Macam PG, selepas mencuba setiap cara, PG buat keputusan untuk menjadi incentive player.

Pendapatan Pemandu Grab:- Jumlah Tambang

pendapatan pemandu grab

pendapatan pemandu grab

Untuk minggu tersebut PG hanya memandu 5 hari sahaja. PG berjaya lengkapkan 163 trip perjalanan. Berbeza dengan fare player, PG sebagai incentive player memang kejar trip, lagi banyak trip yang berjaya diselesaikan lagi banyak insentif akan diperolehi.

Untuk 5 hari tersebut, jumlah kasar tambang terkumpul ialah RM1109.00. Syukur Alhamdulillah rezeki dariNya. Jom tengok pulak kat bawah jumlah insentif yang berjaya diperolehi.

Pendapatan Pemandu Grab:- Jumlah Insentif

pendapatan pemandu grab

pendapatan pemandu grab

pendapatan pemandu grab

pendapatan pemandu grab

pendapatan pemandu grab

Jumlah kasar insentif yang berjaya diperolehi untuk tempoh 5 hari tersebut ialah RM974.98. Selepas tolak komisen Grab, jumlah bersih insentif ialah RM812.49.

Untuk minggu tersebut jumlah kasar tambang dan insentif yang berjaya diperolehi ialah RM1109.00 + RM974.98 = RM2083.98.

Jumlah bersih pendapatan selepas tolak komisen Grab 20% dan kos minyak ialah RM1458.77. Ok la kan? Itu baru 5 hari memandu. Kalau memandu 6 atau 7 hari seminggu pasti akan dapat lebih. Tapi jangan terlalu paksa sangat badan tu.

Berminat nak jadi pemandu Grab? Sila whatsapp PG untuk maklumat lanjut k, klik sini -> http://wasap.my/60163337689/daftar_grabcar_percuma

Terima kasih sebab sudi baca entri Pendapatan Pemandu Grab Jika Memandu 5 Hari Seminggu. Jangan lupa juga untuk baca entri best di bawah:-

1)  Cara Daftar Grabcar Driver Mudah dan Terkini Online di Malaysia 2018

2) Grab Kiosk Berhampiran Kawasan Anda Yang Perlu Anda Ketahui

3) Jenis Kereta Grabcar Malaysia Yang Perlu Anda Ketahui

4) Grabcar Tips Malaysia – Kawasan Sibuk Grabcar di Lembah Klang, N.Sembilan dan Johor

5) Tips Pemandu Grabcar Khususnya Pemandu Baru

Duduk Belakang Laa Bukannya Dalam Bonet

Sepanjang menjadi Grab driver ni macam-macam ragam rider PG dah jumpa. Tapi ada satu hari tu  cipta sejarah sebab PG dapat rider yang paling lawak di dunia. Hahaha.

pengalaman grab driver

Macam biasa PG pergi ke lokasi pickup point iaitu di E-Curve North Entrance. Drop-off point di 7-Eleven Empire Damansara. Sesampai di pickup-point kelihatan seorang lelaki Bangladesh dah siap menunggu.

Dia bukak pintu dan nak duduk di depan. Tapi PG mintak dia duduk belakang sebab tak tahan dengan bau badannya. Tanyalah Grab driver yang lain, mesti dah hadam dengan bau mamat Bangla. Bau bawang kuat sangat. Pening dan rasa nak muntah dibuatnya.

pengalaman grab driver

Tapi sedang PG tunggu dia untuk duduk di belakang. Boleh pulak dia bukak bonet belakang. Apa dia ingat PG suruh dia duduk dalam bonet ke apa. PG takdelah kejam sampai macam tu sekali. HAhaha.

Terima kasih baca entri Duduk Belakang Bukannya Dalam Bonet. Jangan lupa juga untuk baca entri:-

1]  Cara Daftar Grabcar Malaysia Percuma, Mudah Dan Cepat

2]  Grab Kiosk Berhampiran Kawasan Anda Yang Perlu Anda Ketahui

3]  Tips Pemandu Grabcar Khususnya Pemandu Baru

4]  Cara Daftar Grabcar Driver Mudah dan Terkini Online di Malaysia 2018

Soal Jawab Grabshare Malaysia Yang Perlu Anda Ketahui

Grabshare Malaysia merupakan salah satu servis yang ditawarkan oleh Grab kepada penumpang selain servis Grabcar. Secara asasnya Grabshare ialah perkongsian kereta antara penumpang A dan B yang menuju destinasi dan perjalanan yang sama. Tambang untuk servis Grabshare murah 30% berbanding servis Grabcar.

grabshare malaysia

Jom baca soal jawab Grabshare Malaysia yang perlu korang ketahui:-

Berapa banyak orang yang boleh saya bawa dengan saya pada perjalanan GrabShare?

Anda hanya boleh membawa penumpang lain bersama anda. Setiap tempahan hanya boleh menampung sehingga dua penumpang.

Berapa lama masa menunggu pemandu?

Pemandu GrabShare anda hanya akan menunggu sehingga maksimum 3 minit untuk anda apabila dia tiba di titik pick-up anda. Siap sedia!

Bolehkah saya menukar destinasi saya setelah saya menempah perjalanan?

Tidak, anda tidak akan dapat menukar destinasi anda. Sekiranya anda ingin menukar destinasi anda, batalkan perjalanan dan rebook yang lain.

Bolehkah saya meminta supaya diturunkan terlebih dahulu?

Urutan drop-off ditentukan oleh aplikasi untuk menyediakan laluan yang paling dioptimumkan antara titik drop-off anda. Percayalah aplikasi!

Bolehkah penumpang lain dalam perjalanan melihat butiran peribadi saya? Cth. nombor telefon, destinasi

Tidak, penumpang lain tidak akan dapat melihat butiran peribadi anda.

Siapa pemandu GrabShare?

Semua pemandu GrabShare kami adalah dari armada GrabCar profesional kami.

Berapa banyak berhenti yang dilakukan pemandu pada GrabShare?

Terdapat maksimum dua pick-up dan dua drop-off points untuk setiap GrabShare ride: yours & your rider’s! Dengan cara ini anda tidak akan ditangguhkan yang tidak perlu, ketika anda menuju ke arah tujuan anda.

Berapa banyak yang akan saya dikenakan di bawah perjalanan GrabShare?

GrabShare tunggangan akan sentiasa berharga di sebahagian kecil daripada tunggangan GrabCar, sehingga 30% lebih rendah daripada GrabCar.

Bagaimanakah tambang tol dipecahkan?

Tol akan dibayar oleh mana penumpang berada di dalam kereta apabila pemandu melewati tol, jika hanya Penumpang A di dalam kereta, Penumpang A akan membayar tambang tol. Jika kedua-dua penumpang berada di dalam kereta, mereka akan memecah tambang tol.

Adakah tambang saya akan diselaraskan jika tiada penumpang lain dijemput?

Tidak, tambang anda akan tetap sama seperti yang dinyatakan ketika anda menerima pengesahan perjalanan

Bagaimanakah tambang GrabShare dikira?

Tambang GrabShare didasarkan pada tambang GrabCar dengan diskaun yang dikenakan.

Bolehkah saya mengambil perjalanan GrabShare ke KLIA / KLIA2?

Ya, anda boleh. Walau bagaimanapun, tambang diskaun GrabShare sehingga 30% tidak akan digunakan untuk tunggangan KLIA / KLIA2. Untuk menikmati pengalaman terbaik untuk tunggangan lapangan terbang, sila ambil GrabCar.

Adakah GrabShare tersedia di seluruh negara?

GrabShare Malaysia kini tersedia di kawasan terpilih di Lembah Klang. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari http://grb.to/sharelocation

 

Terima kasih baca entri Soal Jawab Grabshare Yang Perlu Anda Ketahui. Jangan lupa juga untuk baca entri:-

1]  Cara Daftar Grabcar Malaysia Percuma, Mudah Dan Cepat

2]  Grab Kiosk Berhampiran Kawasan Anda Yang Perlu Anda Ketahui

3]  Tips Pemandu Grabcar Khususnya Pemandu Baru

4]  Cara Daftar Grabcar Driver Mudah dan Terkini Online di Malaysia 2018

Cara Daftar Grabcar Malaysia Percuma, Mudah Dan Cepat

Cara Daftar Grabcar Malaysia. Semakin hari semakin ramai yang berminat untuk daftar menjadi Grabcar driver. Masing2 mempunyai tujuan dan sebab yang hampir sama, iaitu nak tambah pendapatan diri dan keluarga. Ada yang berminat sebagai part-time. Ada pula yang ingin sebagai full-time. Pilihan masing2 sebab tiada paksaan pun.

cara daftar grabcar malaysia

Jika risau tak berjaya sebagai full-time driver. PG sarankan korang bermula dengan part-time dahulu. Ramai jer yang berjaya tambah duit poket walaupun sebagai part-time. Cuba dalam sebulan dua. Agak2 puas hati dengan incomenya dan ingin jadi full-time, terpulanglah. Korang kene cuba, tak cuba tak tau hasilnya. Cara daftar Grabcar Malaysia ni pun percuma jer. Korang takkan rugi punyalah. Mustahil rugi bawak Grabcar nih.

Pasti untung punya bawak Grabcar nih. Bezanya untung sikit atau banyak jer . Ini bergantung kepada tahap kerajinan, teknik dan kawasan pemanduan. Yup betul, bawak Grabcar pun perlu ilmu yang betul. Kalau ilmu kurang, tuh yang ada beberapa kerat driver yang mengeluh kata macam2 benda buruk pasal Grabcar.

Sebelum nih PG ada kongsikan cara daftar Grabcar Malaysia dalam entri INI. Entri tuh boleh dikatakan lengkap untuk korang yang ingin lakukan pendaftaran sendiri melalui online. Tapi ramai yang mintak PG tolong daftarkan. Tiada masalah PG sedia berkhidmat. Hehe.

cara daftar grabcar malaysia

Syarat-syarat Sebagai Pemandu Grabcar

  • Memiliki kad pengenalan Malaysia. ( IC Biru sahaja )
  • Lesen memandu penuh. ( Bukan lesen P )
  • Umur 21 tahun dan ke atas.
  • Kereta tahun 2008 dan ke atas.
  • Nama korang tertera dalam cover note insuran kereta.
  • Belum pernah daftar sebagai Grabcar driver.
  • Tidak pernah kene banned oleh pihak Grab.

Gambar² Dokumen Yang Diperlukan

  • Gambar muka paras dada, seperti gambar dalam IC / Passport. (Jangan pakai cermin mata hitam / topi)
  • Gambar IC bahagian depan sahaja. ( jangan guna flash )
  • Gambar lesen memandu bahagian depan sahaja. ( jangan guna flash )
  • Gambar cover note insuran kereta. ( pastikan ada nama korang, nombor cover note, tarikh tamat, nombor kereta, model kereta, tahun manufactured )

Proses Cara Daftar Grabcar Malaysia Melalui PG

  1. Perkara pertama korang kene buat ialah Whatsapp PG. Untuk Whatsapp sila klik  wasap.my/60163337689/daftar_grabcar_percuma.
  2. PG akan meminta beberapa maklumat untuk proses cara daftar Grabcar Malaysia. Setiap maklumat yang diminta perlu diberikan untuk memudahkan dan melancarkan proses pendaftaran.
  3. Sila Whatsapp gambar2 dokumen yang diperlukan. Pastikan gambar2 yang diambil jelas dan terang.
  4. PG akan tolong isikan borang pendaftaran online untuk korang. Semua maklumat dan dokumen2 yang korang berikan akan digunakan oleh PG untuk melengkapkan proses pendaftaran. Oleh itu sila pastikan segala maklumat adalah tepat untuk melancarkan proses pendaftaran.
  5. Setelah PG hantar borang pendaftaran online, PG akan minta korang buat trainning dan kuiz secara online. Jangan risau PG akan bantu dan korang pasti lulus trainning dan kuiz tersebut.
  6. Pihak Grab akan semak semua maklumat dan dokumen yang diberikan. Jika tiada masalah, pendaftaran korang sebagai Grabcar driver akan diluluskan dan akaun Grab korang aktif.
  7. Jika pendaftaran korang tidak berjaya, pihak Grab akan nyatakan sebab2 gagal dan jangan risau kita akan cuba betulkan sama-sama. Antara sebab2 sesuatu pendaftaran pending ialah gambar dokumen tak jelas dan nama korang tiada dalam covernote insuran.
  8. Selepas pendaftaran korang lulus, PG akan masukkan korang ke dalam group Whatsapp yang sesuai. Melalui group Whatsapp, korang boleh dapat pelbagai info dan tips berkenaan Grabcar.
  9. Korang boleh online aplikasi Grab Driver dalam tempoh 24 jam selepas akaun Grab aktif.

Begitulah serba sedikit proses cara daftar Grabcar Malaysia. Tugas PG ialah memudahkan proses pendaftaran Grabcar driver korang. Jom tambah duit poket sebagai Grabcar driver.

Terima kasih sebab sudi baca entri ini cara daftar Grabcar Malaysia. Jangan lupa juga untuk baca entri di bawah:-

1] Grab Kiosk Berhampiran Kawasan Anda Yang Perlu Anda Ketahui

2] Tips Pemandu Grabcar Khususnya Pemandu Baru

3] Jenis Kereta Grabcar Malaysia Yang Perlu Anda Ketahui

Jadual Hourly Guanrantees Untuk Minggu 2 April – 8 April 2018

HOURLY GUANRANTEES

Di atas merupakan jadual Hourly Guanrantees untuk minggu 2 April – 8 April 2018. Untuk memastikan dapat insentif yang maksimum, sila pastikan korang sentiasa berada dalam keadaan online dan aktif sepanjang blok jam (60 minit setiap blok).

Jadual di atas adalah sebelum dikenakan pemotongan komisen.

  • 20% komisen perlu dibayar kepada Grab untuk korang yang opt-in sebelum 16 Mac 2018.
  • 25% komisen perlu dibayar kepada Grab untuk korang yang tidak opt-in sebelum 16 Mac 2018 dan korang yang baru join Grab.

Syarat-syarat Insentif

  • Minima DR harian ialah 4.7 star rating (purata rating 100 trips terakhir)
  • Minima AR harian ialah 80% atau lebih, tak boleh kurang.
  • Tiada syarat CR harian, tapi jangan pulak cancel sesuka hati.

Contoh pengiraan Hourly Guarantees:-

Untuk melihat AR dan DR harian, korang perlu pergi ke ruangan insentif dalam aplikasi pemandu. Mingguan AR/CR/DR korang masih akan ditunjukkan pada ruangan homescreen aplikasi pemandu.

Korang yang berminat jadi pemandu Grabcar untuk tambah pendapatan tidak kiralah sebagai part time atau full time. Sila Whatsapp PG. PG akan bantu daftarkan secara PERCUMA.  Bukan sahaja tolong daftar, PG akan kongsi cara untuk maksimakan income sebagai pemandu Grabcar.

Untuk Whatsapp PG sila klik link di bawah:-

Terima kasih sebab sudi baca entri Jadual Hourly Guanrantees Untuk Minggu 2 April – 8 April 2018. Sila juga baca entri lain dibawah:-

-Grab Kiosk Berhampiran Kawasan Anda Yang Perlu Anda Ketahui

Tips Pemandu Grabcar Khususnya Pemandu Baru

Grabcar Tips Malaysia – Kawasan Sibuk Grabcar di Lembah Klang, N.Sembilan dan Johor