Pendapatan Grabcar Pada 05/03/2018

pendapatan grabcar

Pendapatan Grabcar Pada 05/03/2018. Fuh dah beberapa hari tak berupdate blog kesayangan nih. Maklumlah agak sibuk memandu Grabcar. Selain itu sibuk dengan urusan keluarga. Alhamdulillah. Kalau boleh memanglah nak update setiap hari blog nih. Tapi apakan daya.

Alhamdulillah pendapatan Grabcar PG masih konsisten seperti biasa. Teknik, strategi, displin dan doa memainkan peranan yang penting jika mahukan pendapatan yang kita inginkan. Grabcar nih mudah sebenarnya. Platform yang disediakan sangat simple. Terpulang pada kita nak corakkannya. Kalau rajin dapatlah income lebih. Kalau malas kuranglah incomenya.

Pendapatan Grabcar Pada 05/03/2018
Jumlah Tambang

 

Pendapatan Grabcar Pada 05/03/2018
Jumlah Insentif

Di atas merupakan jumlah tambang dan insentif pada 05/03/2018.

Jumlah kasar ialah RM206.00 + RM151.00 = RM357.00

Komisen 20% Grab = RM71.40

Kos minyak = RM30.00

Untung bersih = RM255.60

Alhamdulillah. Rezeki keluarga. PG start memandu pada pukul 7 pagi. Stop pada pukul 6 petang. Tapi taklah direct memandu ya. Ada juga waktu rehat untuk pekena cendol, rojak dan teh tarik. Berhenti untuk solat tidak dilupai. Kencing pun jangan dilupai, jangan ditahan kencing. Tak bagus takut kene batu karang pulak nanti.

Kepada korang yang berminat nak jadi driver Grabcar. Tak kiralah sebagai full time ataupun part time. Whatsapp jer PG ya. Nak whatsapp klik SINI.

Terima kasih sebab sudi baca entri ini Pendapatan Grabcar Pada 05/03/2018. Jangan lupa baca entri lain:-

Grab Kiosk Berhampiran Kawasan Anda Yang Perlu Anda Ketahui

grab kiosk

Grab Kiosk. Selepas dah berjaya daftar online, langkah seterusnya ialah perlu pergi ke grab kiosk yang berhampiran. Tujuannya ialah untuk verified dokumen2 yang telah korang lampirkan ketika daftar online tuh.

Antara dokumen2 yang perlu dibawa ketika mengunjungi grab kiosk ialah kad pengenalan, lesen memandu dan cover note insuran. Dokumen tuh semua perlulah bawa yang original yer. Jangan bawa yang fotostat pulak. Staff Grab di setiap grab kiosk akan verified dokumen tuh semua.

Grab Kiosk Lembah Klang

PETRONAS EAST WEST LINK (Connaught Highway)

Lot PT 8060, L/ Raya Hubungan Timur Barat (Connaught H/way), Cheras, New Salak South Village, 57100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Isnin – Sabtu 9.30 pagi – 6.00 petang
Rehat: 2.30 petang – 3.00 petang
Solat Jumaat 12.30 t/hari – 2.45 petang

Cari staff memakai T-shirt Grab berwarna Hijau/Putih bersama Laptop.

PETRONAS MUTIARA DAMANSARA

Lot PT40036, Jln PJU 7/6 Jalan Surian, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor
Isnin – Sabtu 9.30 pagi – 6.00 petang
Rehat: 2.30 petang – 3.00 petang
Solat Jumaat 12.30 t/hari – 2.45 petang

Cari staff memakai T-shirt Grab berwarna Hijau/Putih bersama Laptop.

SHAH ALAM – Old Malaya Kopitiam, Seksyen 7

6, Jalan Plumbum N7/N, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.
Isnin – Sabtu 9.30 pagi – 6.00 petang
Rehat: 2.30 petang – 3.00 petang
Solat Jumaat 12.30 t/hari – 2.45 petang

Cari staff memakai T-shirt Grab berwarna Hijau/Putih bersama Laptop.

SUNWAY – Restoran AL Moon Nasi Kandar (Bawah Hotel Sun Inns)

Isnin – Sabtu 9.30 pagi – 6.00 petang
Rehat: 2.30 petang – 3.00 petang
Solat Jumaat 12.30 t/hari – 2.45 petang

Cari staff memakai T-shirt Grab berwarna Hijau/Putih bersama Laptop.

PETRONAS KLIA 2 (Left side before KLIA 2 exit)

Jalan Terminal, Klia, 43900 Sepang, Selangor.
Isnin – Sabtu 9.30 pagi – 6.00 petang
Rehat: 2.30 petang – 3.00 petang
Solat Jumaat 12.30 t/hari – 2.45 petang

Cari staff memakai T-shirt Grab berwarna Hijau/Putih bersama Laptop.

PETRONAS JELATEK 2

Jalan Jelatek, Kampung Datuk Keramat, 54200 Kuala Lumpur, Selangor.
Isnin – Sabtu 9.30 pagi – 6.00 petang
Rehat: 2.30 petang – 3.00 petang
Solat Jumaat 12.30 t/hari – 2.45 petang

Cari staff memakai T-shirt Grab berwarna Hijau/Putih bersama Laptop.

Untuk mengetahui grab kiosk selain daripada kawasan Lembah Klang, sila klik SINI.

Terima kasih sebab sudi baca entri Grab Kiosk Berhampiran Kawasan Anda Yang Perlu Anda Ketahui. Jangan lupa juga untuk baca entri lain:-

  1. Cara Daftar Grabcar Driver Mudah dan Terkini Online di Malaysia 2018
  2. Grabcar Tips Malaysia – Kawasan Sibuk Grabcar di Lembah Klang, N.Sembilan dan Johor
  3. Tips Pemandu Grabcar Khususnya Pemandu Baru
  4. Pendapatan Pemandu Grab 5 Hari Seminggu