Sewa Kereta Murah Untuk Grabcar OK atau Tak?

Sewa kereta murah untuk Grabcar. Kepada yang berminat untuk jadi Grab driver tetapi tak mempunyai kereta sendiri, korang ada pilihan untuk menyewa sebuah kereta.

sewa kereta murah untuk grabcar

Kalau nak jadi Grab driver secara full time/sepenuh masa, ya disarankan sewa kereta murah untuk Grabcar. Tetapi kalau nak jadi Grab driver secara part time/separuh masa, amat tidak digalakkan untuk sewa kereta sebab tak berbaloi.

Kos sewa kereta murah untuk Grabcar biasanya purata dalam RM300 – RM450 seminggu. Harga berbeza bergantung kepada jenis model kereta yang korang pilih. Biasanya syarikat sewa kereta memerlukan deposit seminggu ataupun dua minggu.

Tak perlu sewa kereta yang mahal2. Pilih kereta yang jimat minyak. Kereta yang sesuai dan menjadi pilihan majoriti Grab driver ialah perodua Axia, Bezza dan Myvi. Jika sewa kereta, korang tak perlu risau kos servis kereta tersebut. Sebab ianya dah termasuk sekali dalam kos sewaan mingguan tuh.

Rajin, disiplin dan usaha

Apabila korang dah buat keputusan untuk jadi Grab driver dan ingin sewa kereta untuk tujuan itu, automatik korang kenalah rajin, disiplin dan berusaha lebih sedikit. Sewa kereta bermakna kos operasi dah meningkat.

Untuk pengetahuan semua, ramai jer Grab driver yang menyewa kereta. Alhamdulillah kebanyakkannya kata OK dan masih menguntungkan. Nak untung banyak diaorang drive lama sikit. Kalau drive malas2 dan tak disiplin, maka sikitlah untungnya. Itu jer perbezaannya.

Walau bagaimanapun, jika ada kereta sendiri itu yang terbaik lah yer. Contohnya jika kereta sendiri pun bayar dalam RM300 – RM450 jugak, tetapi untuk tempoh masa sebulan.

Berminat nak jadi pemandu Grab? Sila whatsapp PG untuk maklumat lanjut k, klik sini -> http://wasap.my/60163337689/daftar_grabcar_percuma

Terima kasih sebab sudi baca entri Sewa Kereta Murah Untuk Grabcar.  Jangan lupa juga baca entri best kat bawah nih:-

1)  Cara Daftar Grabcar Driver Mudah dan Terkini Online di Malaysia 2018

2) Grab Kiosk Berhampiran Kawasan Anda Yang Perlu Anda Ketahui

3) Jenis Kereta Grabcar Malaysia Yang Perlu Anda Ketahui

4) Grabcar Tips Malaysia – Kawasan Sibuk Grabcar di Lembah Klang, N.Sembilan dan Johor

5) Tips Pemandu Grabcar Khususnya Pemandu Baru

 

Covernote Insuran Kereta Untuk Daftar Grabcar

Covernote Insuran Kereta Untuk Daftar Grabcar. Untuk membantu korang daftar sebagai pemandu Grabcar, PG perlukan beberapa dokumen penting antaranya ialah gambar kad pengenalan, lesen memandu dan covernote insuran.

Ramai yang salah bagi gambar covernote insuran masing2. Ini menyebabkan proses pendaftaran tergendala sedikit. So dalam entri ini, PG akan kongsikan contoh gambar2 covernote insuran kereta yang diperlukan oleh pihak Grab.

Covernote insuran yang diperlukan oleh pihak Grab mestilah yang tertulis “The Schedule”. Jika korang berikan covernote insuran kereta selain “The Schedule”, maka pihak Grab perlukan beberapa dokumen sampingan yang lain seperti gambar geran kereta dan roadtax.

covernote insuran kereta
Allianz
covernote insuran kereta
Berjaya Sompo
covernote insuran kereta
Kurnia
covernote insuran kereta
Etiqa Takaful
covernote insuran kereta
MSIG
covernote insuran kereta
Pacific Insuran
covernote insuran kereta
Takaful Ikhlas
covernote insuran kereta
Takaful Malaysia
covernote insuran kereta
Tokio Marine

Itu antara beberapa contoh covernote insuran kereta yang perlu korang berikan untuk melancarkan proses pendaftaran sebagai pemandu Grabcar. Pastikan nama korang sebagai pemandu ada tertera di dalam covernote insuran kereta tersebut. Gambar covernote insuran yang korang berikan mestilah jugak gambar penuh dan perlulah jelas.

Berminat nak jadi pemandu Grab? Sila whatsapp PG untuk maklumat lanjut k, klik sini -> http://wasap.my/60163337689/daftar_grabcar_percuma

Terima kasih sebab sudi baca entri Covernote Insuran Kereta Untuk Daftar Grabcar.  Jangan lupa juga baca entri best kat bawah nih:-

1)  Cara Daftar Grabcar Driver Mudah dan Terkini Online di Malaysia 2018

2) Grab Kiosk Berhampiran Kawasan Anda Yang Perlu Anda Ketahui

3) Jenis Kereta Grabcar Malaysia Yang Perlu Anda Ketahui

4) Grabcar Tips Malaysia – Kawasan Sibuk Grabcar di Lembah Klang, N.Sembilan dan Johor

5) Tips Pemandu Grabcar Khususnya Pemandu Baru