Cara Daftar Grabcar Malaysia Percuma, Mudah Dan Cepat

Cara Daftar Grabcar Malaysia. Semakin hari semakin ramai yang berminat untuk daftar menjadi Grabcar driver. Masing2 mempunyai tujuan dan sebab yang hampir sama, iaitu nak tambah pendapatan diri dan keluarga. Ada yang berminat sebagai part-time. Ada pula yang ingin sebagai full-time. Pilihan masing2 sebab tiada paksaan pun.

cara daftar grabcar malaysia

Jika risau tak berjaya sebagai full-time driver. PG sarankan korang bermula dengan part-time dahulu. Ramai jer yang berjaya tambah duit poket walaupun sebagai part-time. Cuba dalam sebulan dua. Agak2 puas hati dengan incomenya dan ingin jadi full-time, terpulanglah. Korang kene cuba, tak cuba tak tau hasilnya. Cara daftar Grabcar Malaysia ni pun percuma jer. Korang takkan rugi punyalah. Mustahil rugi bawak Grabcar nih.

Pasti untung punya bawak Grabcar nih. Bezanya untung sikit atau banyak jer . Ini bergantung kepada tahap kerajinan, teknik dan kawasan pemanduan. Yup betul, bawak Grabcar pun perlu ilmu yang betul. Kalau ilmu kurang, tuh yang ada beberapa kerat driver yang mengeluh kata macam2 benda buruk pasal Grabcar.

Sebelum nih PG ada kongsikan cara daftar Grabcar Malaysia dalam entri INI. Entri tuh boleh dikatakan lengkap untuk korang yang ingin lakukan pendaftaran sendiri melalui online. Tapi ramai yang mintak PG tolong daftarkan. Tiada masalah PG sedia berkhidmat. Hehe.

cara daftar grabcar malaysia

Syarat-syarat Sebagai Pemandu Grabcar

  • Memiliki kad pengenalan Malaysia. ( IC Biru sahaja )
  • Lesen memandu penuh. ( Bukan lesen P )
  • Umur 21 tahun dan ke atas.
  • Kereta tahun 2008 dan ke atas.
  • Nama korang tertera dalam cover note insuran kereta.
  • Belum pernah daftar sebagai Grabcar driver.
  • Tidak pernah kene banned oleh pihak Grab.

Gambar² Dokumen Yang Diperlukan

  • Gambar muka paras dada, seperti gambar dalam IC / Passport. (Jangan pakai cermin mata hitam / topi)
  • Gambar IC bahagian depan sahaja. ( jangan guna flash )
  • Gambar lesen memandu bahagian depan sahaja. ( jangan guna flash )
  • Gambar cover note insuran kereta. ( pastikan ada nama korang, nombor cover note, tarikh tamat, nombor kereta, model kereta, tahun manufactured )

Proses Cara Daftar Grabcar Malaysia Melalui PG

  1. Perkara pertama korang kene buat ialah Whatsapp PG. Untuk Whatsapp sila klik  wasap.my/60163337689/daftar_grabcar_percuma.
  2. PG akan meminta beberapa maklumat untuk proses cara daftar Grabcar Malaysia. Setiap maklumat yang diminta perlu diberikan untuk memudahkan dan melancarkan proses pendaftaran.
  3. Sila Whatsapp gambar2 dokumen yang diperlukan. Pastikan gambar2 yang diambil jelas dan terang.
  4. PG akan tolong isikan borang pendaftaran online untuk korang. Semua maklumat dan dokumen2 yang korang berikan akan digunakan oleh PG untuk melengkapkan proses pendaftaran. Oleh itu sila pastikan segala maklumat adalah tepat untuk melancarkan proses pendaftaran.
  5. Setelah PG hantar borang pendaftaran online, PG akan minta korang buat trainning dan kuiz secara online. Jangan risau PG akan bantu dan korang pasti lulus trainning dan kuiz tersebut.
  6. Pihak Grab akan semak semua maklumat dan dokumen yang diberikan. Jika tiada masalah, pendaftaran korang sebagai Grabcar driver akan diluluskan dan akaun Grab korang aktif.
  7. Jika pendaftaran korang tidak berjaya, pihak Grab akan nyatakan sebab2 gagal dan jangan risau kita akan cuba betulkan sama-sama. Antara sebab2 sesuatu pendaftaran pending ialah gambar dokumen tak jelas dan nama korang tiada dalam covernote insuran.
  8. Selepas pendaftaran korang lulus, PG akan masukkan korang ke dalam group Whatsapp yang sesuai. Melalui group Whatsapp, korang boleh dapat pelbagai info dan tips berkenaan Grabcar.
  9. Korang boleh online aplikasi Grab Driver dalam tempoh 24 jam selepas akaun Grab aktif.

Begitulah serba sedikit proses cara daftar Grabcar Malaysia. Tugas PG ialah memudahkan proses pendaftaran Grabcar driver korang. Jom tambah duit poket sebagai Grabcar driver.

Terima kasih sebab sudi baca entri ini cara daftar Grabcar Malaysia. Jangan lupa juga untuk baca entri di bawah:-

1] Grab Kiosk Berhampiran Kawasan Anda Yang Perlu Anda Ketahui

2] Tips Pemandu Grabcar Khususnya Pemandu Baru

3] Jenis Kereta Grabcar Malaysia Yang Perlu Anda Ketahui

One Reply to “Cara Daftar Grabcar Malaysia Percuma, Mudah Dan Cepat”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *