Cara Daftar Grabcar Driver Mudah dan Terkini Online di Malaysia 2018

Cara Daftar Grabcar. Okey entry ini PG nak share sikit cara-cara nak jadi pemandu Grabcar yer. Mudah jer. PG akan terangkan sebaik mungkin cara daftar Grabcar yang betul.

Seperti yang semua sedia maklum, sudah ramai pun yang dah bergelar Grabcar driver. Ada yang buat secara part time dan tak ketinggalan jugak ramai yang buat secara full time kerana pendapatan yang agak lumayan jika kena caranya.

Syarat-syarat Sebagai Pemandu Grabcar

  • Memiliki kad pengenalan Malaysia. ( IC Biru sahaja )
  • Lesen memandu penuh. ( Bukan lesen P )
  • Umur 21 tahun dan ke atas.
  • Kereta tahun 2008 dan ke atas. ( kereta 2008-2010 perlu buat inspection kat HQ Grab ataupun kiosk2 yang ditetapkan )
  • Nama korang tertera dalam cover note insuran kereta.
Amacam, layak tak? Okeh kalau layak tahniah, korang dah hampir untuk bergelar pemandu Grab. Hehehe.

Langkah seterusnya ialah korang perlu sediakan dokumen² seperti dibawah. Ambik gambar guna smartphone korang jer. Yang penting gambar2nya mestilah jelas.

Gambar² Dokumen Yang Diperlukan

  • Gambar muka paras dada, seperti gambar dalam IC / Passport. (Jangan pakai cermin mata hitam / topi)
  • Gambar IC bahagian depan sahaja. ( jangan guna flash )
  • Gambar lesen memandu bahagian depan sahaja. ( jangan guna flash )
  • Gambar cover note insuran kereta. ( pastikan ada nama korang, nombor cover note, tarikh tamat, nombor kereta, model kereta, tahun manufactured )
  • Penyata bayaran Uber dari email partnerskl@uber.com ( jika korang ialah pemandu Uber )
Setelah settle sediakan 5 dokumen seperti di atas, korang dah boleh teruskan dengan pendaftaran Grabcar driver secara online. Sila ikuti langkah demi langkah supaya cara daftar Grabcar korang berjalan lancar. Jangan risau PG akan bantu cara daftar Grabcar sehingga berjaya, Insya Allah.
Langkah 1

Klik link ini – Daftar Pemandu Grabcar di Malaysia

cara daftar grabcar


Langkah seterusnya untuk cara daftar Grabcar, sila isi kesemua maklumat yang diperlukan iaitu nama penuh, nombor handphone, nombor IC dan email. Sila guna email Gmail SAHAJA. Kepada pengguna smartphone Android, sila pastikan alamat email Gmail tersebut sama dengan Google Playstore.

cara daftar grabcar

Pada ruangan di atas, jika korang juga ialah pemandu Uber sila pilih “UberX / UberBlack”. Jika tidak, sila pilih “None – I only drive for myself”.

SANGAT PENTING !!

cara daftar grabcar


Jika sampai ruangan seperti di atas, tolong isikan PG sebagai referral korang. Apabila sampai ke soalan “How did you hear about GrabCar?”, korang tekan kat simbol ( seperti gambar di atas ) dan sila pilih “Referral from Driver”.

cara daftar grabcar

Korang kemudian masukkan nama PG iaitu “Mohamad Yusrizal bin Yaakub” dan ID referral iaitu “1321067”.

Ini sangat PENTING sebab jika PG yang menjadi referral korang, PG akan bantu korang dengan memberikan panduan dan tips2 pemanduan Grabcar, teknik memaksimakan pendapatan, cara menggunakan aplikasi Grab Driver dan akan masukkan korang ke dalam group whatsapp yang penuh dengan info dan tips ( group whatsapp paling hapenning 24 jam, hehehe )

Terima kasih diucapkan jika korang mengikuti apa yang PG pohon di sini.

cara daftar grabcar

Kemudian, sila pilih lokasi bandar mana korang nak memandu. Antara pilihan lokasi yang ada setakat entry ini ditulis ialah Kuala Lumpur / Selangor, Alor Setar, Batu Pahat, Bintulu, Ipoh, Johor Bahru, Kangar, Kemaman, Kluang, Kota Bharu, Kota Kinabalu, Kuala Terengganu, Kuantan, Kuching, Labuan, Langkawi, Melaka, Miri, Muar, Negeri Sembilan, Penang, Sandakan, Sibu, Sungai Petani dan Tawau.

Langkah 2

Sila semak email korang!!

Setelah siap mengisi maklumat diri korang, sila semak email sebab Grab akan memberitahu langkah seterusnya dalam proses cara daftar Grabcar ini. Pastikan korang boleh login ke email. Di bawah merupakan contoh email dari Grab.

cara daftar grabcar

Langkah 3 : Lengkapkan Pendaftaran Grab Online

– Klik link pertama yang diberikan di dalam email tersebut.

– Masukkan maklumat tentang kereta dan bank korang. Sila lihat contoh di bawah.

cara daftar grabcar

Langkah 4 : Deklarasi

Bahagian ini ialah berkenaan deklarasi korang. Isi tempat yang sesuai. Contoh cara mengisi / jawapan PG sediakan sekali seperti di bawah.

cara daftar grabcar

Langkah 5 : Upload dokumen yang diperlukan.

Bab ini sangat penting ketika proses mendaftar dengan Grab Malaysia. Ramai yang tersangkut ketika bahagian mengupload dokumen yang diperlukan. Gambar dokumen perlulah jelas, ini penting.

cara daftar grabcar

Tips penting Cara Daftar Grabcar : Pastikan gambar selfie korang jelas, jangan ambik gambar menggunakan flash! Upload hanya gambar bahagian depan IC dan lesen, pun sama gambarnya jangan diambil menggunakan flash! Untuk dokumen cover note insuran kereta pulak, pastikan ada nama korang, nombor cover note, tarikh tamat, nombor kereta, model kereta dan tahun manufactured.

Langkah 6 : Lengkapkan Grab Driver Training and Quiz Online

Pilih jawapan yang diberikan sahaja. Tembak-tembak pun Insya Allah korang boleh lulus. Tapi ada jugak yang gagal. Jangan risau, korang boleh buat sampai lulus.

Langkah 7 : Download Apps Grab Driver

Korang boleh download aplikasi Grab Driver di Google Play secara percuma. Pastikan korang download apps yang betul di mana logonya berwarna hijau sepeti gambar di bawah.

cara daftar grabcar

Korang tak boleh terus guna apps Grab Driver nih selagi dokumen-dokumen tidak disemak oleh pihak Grab Malaysia.

Langkah 8 : Verify Dokumen

Korang kena verify dokumen yang korang hantar secara online semasa mendaftar Grabcar ini. Korang kena bawa dokumen original IC, lesen memandu dan cover note insuran ke pejabat Grabcar ataupun kiosk berhampiran.

Setelah kesemua dokumen disemak oleh pihak Grabcar, dalam masa 1 hari korang dah boleh online applikasi Grab Driver pada handphone korang dan boleh mula mengambil penumpang. Kadang-kadang tak sampai sehari pun, selepas beberapa jam pun dah boleh online.

Langkah 9 : Siapkan 30 trips dalam masa sebulan!!

Setelah pendaftaran berjaya, korang dah boleh tengok cara guna aplikasi Grab Driver ketika korang online buat pertama kalinya. Korang juga disarankan membaca Grabcar Driver Manual untuk memahami bagaimana cara yang betul menjana pendapatan melalui pemanduan Grab.

Selepas menyelesaikan 30 trips dalam masa sebulan, korang screenshot bukti menunjukkan korang dah settlekan 30 trips seterusnya Whatsapp ke nombor handphone PG iaitu 016-3337689. Kemudian PG akan masukkan korang ke dalam group Whatsapp driver-driver yang lebih senior dan berpengalaman. Korang akan dapat banyak info dan tips bagaimana nak tingkatkan pendapatan dengan hanya memandu Grab.

Mudahkan cara daftar Grabcar?

Masih tak faham dan perlukan bantuan??

Okeh jangan risau PG akan tolong sebaik mungkin cara daftar Grabcar. Whatsapp jer PG. Cuma kadang2 mungkin PG akan reply lambat, maklumlah sibuk memandu Grab cari duit. Hehe. Tapi jangan risau lambat macam mana pun PG akan reply secepat mungkin. Sabar yer.

Sila Whatsapp PG untuk sebarang pertanyaan cara daftar Grabcar k.

016-3337689

016-3337689

016-3337689

Terima kasih sebab membaca entri ini Cara Daftar Grabcar Driver Online di Malaysia 2018.

6 Replies to “Cara Daftar Grabcar Driver Mudah dan Terkini Online di Malaysia 2018”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *