Pendapatan Grabcar 2019 Yang Perlu Anda Ketahui

Pendapatan Grabcar 2019 yang perlu anda ketahui. Fuh fuh fuh, dah berhabuk kaw kaw kaw blog kesayangan nih. Dari sehari ke sehari nak update blog, tapi tak berupdate jugak. Hohoho. Agak sibuk memandu Grab. Balik mengGrab biasanya badan agak letih. Itu yang blog nih bersawang tahap dewa nih. Hahaha.

Seperti yang semua sudah maklum. Sekarang nih Grab dah takde skim insentif seperti sebelum nih. Pada awalan takde skim insentif nih, memang kecewa gila PG. Dah la PG nih pemain insentif tegar. Sekali dihapuskan memang mati kutu dibuatnya. Pendapatan PG merosot agak banyak.

Tapi tu lah. Life must go on. Nak menangis pun tak guna. So tempoh seminggu dua pertama tanpa insentif tuh PG buat beberapa ujikaji corak pemanduan untuk naikkan balik pendapatan PG.

Akhirnya PG membuat keputusan memilih corak pemanduan dengan on Auto Accept. Maksudnya, apa sahaja job yang masuk PG terima dengan rela hati. Jauh atau dekat PG sapu. Dulu sebagai pemain insentif tegar, PG fokus job dekat2 jer. Dulu PG fokus area Damansara sahaja.

Sekarang nih bila dah on Auto Accept, job jauh pun PG redah. Job KLIA (Kuala Lumpur International Airport) contohnya, punyalah lama tak ambik. Sekarang nih setiap kali mengGrab, mesti berdoa at least satu job KLIA masuk setiap hari. Hehehe.

Pendapatan Grabcar 2019

pendapatan grabcar 2019
Jumlah tambang dari 28/01/2019 hingga 03/02/2019
pendapatan grabcar 2019
Jumlah tambang dari 04/02/2019 hingga 10/02/2019

Alhamdulillah itu jumlah tambang yang PG dapat untuk 2 minggu berturut. Jumlah tambang tuh tak termasuk bonus ya. Biasanya bonus sehari purata dalam rm30. So kalau 6 hari drive purata bonus dalam rm180 seminggu. Jumlah bersih pendapatan selepas tolak kos minyak dan kos komisen pihak Grab adalah dalam +-rm1400 seminggu.

Jangan Malas dan Jangan Pilih Job

PG drive 6 hari seminggu. Boleh dapat lebih lagi tuh sebenarnya pendapatan grabcar 2019. Cuma kadang-kadang sifat malas melanda, itu yang ada hari yang rendah sikit tambangnya. Malas adalah cabaran utama dalam pemanduan Grab. Buang jauh-jauh sifat malas dan Insya Allah akan berjaya dalam pemanduan Grab.

PG biasanya keluar rumah jam 6 pagi, solat Subuh dan kemudian sarapan. 1st job PG biasanya dalam pukul 7 pagi. Last job PG pulak biasanya dalam pukul 8 malam. Nak start dan balik pukul berapa sebenarnya terpulang pada diri masing-masing. Tapi yang bagusnya start awal. Sebab bila tengah hari biasanya kita dah dapat rm200. So kita jadi bersemangat untuk teruskan pemanduan. Menjelang Maghrib biasanya akan dapat rm350-rm400.

Ada driver yang mengeluh kata Grab sekarang susah nak buat duit. Dari pengalaman dan ujikaji PG bukan susah sangat sebenarnya. Mereka yang mengeluh nih sebenarnya malas. Diaorang suka memilih job. Pilih job yang tambang mahal-mahal sahaja. Tambang yang murah-murah diaorang ignore. Kemudian drive di kawasan yang bukan hotspot. Kalau begitu cara pemanduannya, memang lah susah nak buat duit.

Part Time Pun Masyuk Juga

Ada jugak kawan-kawan PG yang berjaya buat duit walaupun sebagai part time sahaja. Pendapatan grabcar 2019 diaorang boleh tahan jugak. Tapi diaorang betul-betul rajin la. Nak cari duit tambahan punya pasal kan. Boleh la buat duit lebih untuk bayar loan kereta ke, loan rumah ke, yuran anak-anak sekolah ke, duit belanja dapur ke, dan macam-macam lagi lah.

PG full time. Kaya? Tak lah kaya, tapi dengan pemanduan Grab nih Alhamdulillah PG boleh bayar semua jenis bil dan loan. Dan Alhamdulillah boleh la menyimpan sedikit. Kalau fikir nak cepat kaya sila jangan pilih kerjaya sebagai pemandu Grab. Letih bawak Grab? Yes memang letih tak dinafikan. Tapi sampai satu masa PG dah biasa. Nak cari rezeki punya pasal, ku gagahi jugak lah.

Berminat nak jadi pemandu Grab? Sila whatsapp PG untuk maklumat lanjut k, klik sini -> http://wasap.my/60182409753/daftar_grabcar_percuma

Terima kasih sebab sudi baca entri Pendapatan Grabcar 2019 Yang Perlu Anda Ketahui. Jangan lupa juga baca entri best kat bawah nih:-

  1. Jenis Kereta Grabcar Malaysia Yang Perlu Anda Ketahui
  2. Pendapatan Pemandu Grab Jika Memandu 5 Hari Seminggu
  3. Grabcar Tips Malaysia – Kawasan Sibuk Grabcar di Lembah Klang, N.Sembilan dan Johor
  4. Grab Kiosk Berhampiran Kawasan Anda Yang Perlu Anda Ketahui
  5. Syarat Grabcar Malaysia Yang Amat Perlu Anda Patuh

Pendapatan Pemandu Grab Jika Memandu 5 Hari Seminggu

Pendapatan Pemandu Grab Jika Memandu 5 Hari Seminggu. Fuh bersawang blog kesayangan PG nih. Sibuk bawak grab tuh yang kurang masa nak menulis. Nak buat macam mana kan, cari duit lebih penting. Hehe. Tapi Insya Allah lepas nih PG akan cuba update blog at least seminggu sekali.

Pemandu Grab asasnya ada 2 jenis. Satu yang jenis suka tambang mahal-mahal, yang nih digelar fare player. Lagi satu yang jenis suka tambang rendah, yang nih digelar incentive player.

Pada awalan bawak Grab dulu, PG dah cuba kedua-dua cara iaitu sebagai fare player dan incentive player. Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Korang kena cuba setiap cara tersebut then buatlah perbandingan. Perbandingan berdasarkan untung rugi, penjimatan minyak, masa, kawasan dan jiwa korang.

Jangan buat keputusan berdasarkan pilihan pemandu-pemandu Grab yang lain. Korang yang kena cuba dan buat keputusan sendiri. Macam PG, selepas mencuba setiap cara, PG buat keputusan untuk menjadi incentive player.

Pendapatan Pemandu Grab:- Jumlah Tambang

pendapatan pemandu grab

pendapatan pemandu grab

Untuk minggu tersebut PG hanya memandu 5 hari sahaja. PG berjaya lengkapkan 163 trip perjalanan. Berbeza dengan fare player, PG sebagai incentive player memang kejar trip, lagi banyak trip yang berjaya diselesaikan lagi banyak insentif akan diperolehi.

Untuk 5 hari tersebut, jumlah kasar tambang terkumpul ialah RM1109.00. Syukur Alhamdulillah rezeki dariNya. Jom tengok pulak kat bawah jumlah insentif yang berjaya diperolehi.

Pendapatan Pemandu Grab:- Jumlah Insentif

pendapatan pemandu grab

pendapatan pemandu grab

pendapatan pemandu grab

pendapatan pemandu grab

pendapatan pemandu grab

Jumlah kasar insentif yang berjaya diperolehi untuk tempoh 5 hari tersebut ialah RM974.98. Selepas tolak komisen Grab, jumlah bersih insentif ialah RM812.49.

Untuk minggu tersebut jumlah kasar tambang dan insentif yang berjaya diperolehi ialah RM1109.00 + RM974.98 = RM2083.98.

Jumlah bersih pendapatan selepas tolak komisen Grab 20% dan kos minyak ialah RM1458.77. Ok la kan? Itu baru 5 hari memandu. Kalau memandu 6 atau 7 hari seminggu pasti akan dapat lebih. Tapi jangan terlalu paksa sangat badan tu.

TERKINI !! – Pendapatan Grabcar 2019 Yang Perlu Anda Ketahui

Berminat nak jadi pemandu Grab? Sila whatsapp PG untuk maklumat lanjut k, klik sini -> http://wasap.my/60182409753/daftar_grabcar_percuma

Terima kasih sebab sudi baca entri Pendapatan Pemandu Grab Jika Memandu 5 Hari Seminggu. Jangan lupa juga untuk baca entri best di bawah:-

1)  Cara Daftar Grabcar Driver Mudah dan Terkini Online di Malaysia 2018

2) Grab Kiosk Berhampiran Kawasan Anda Yang Perlu Anda Ketahui

3) Jenis Kereta Grabcar Malaysia Yang Perlu Anda Ketahui

4) Grabcar Tips Malaysia – Kawasan Sibuk Grabcar di Lembah Klang, N.Sembilan dan Johor

5) Tips Pemandu Grabcar Khususnya Pemandu Baru