Jadual Hourly Guanrantees Untuk Minggu 2 April – 8 April 2018

HOURLY GUANRANTEES

Di atas merupakan jadual Hourly Guanrantees untuk minggu 2 April – 8 April 2018. Untuk memastikan dapat insentif yang maksimum, sila pastikan korang sentiasa berada dalam keadaan online dan aktif sepanjang blok jam (60 minit setiap blok).

Jadual di atas adalah sebelum dikenakan pemotongan komisen.

  • 20% komisen perlu dibayar kepada Grab untuk korang yang opt-in sebelum 16 Mac 2018.
  • 25% komisen perlu dibayar kepada Grab untuk korang yang tidak opt-in sebelum 16 Mac 2018 dan korang yang baru join Grab.

Syarat-syarat Insentif

  • Minima DR harian ialah 4.7 star rating (purata rating 100 trips terakhir)
  • Minima AR harian ialah 80% atau lebih, tak boleh kurang.
  • Tiada syarat CR harian, tapi jangan pulak cancel sesuka hati.

Contoh pengiraan Hourly Guarantees:-

Untuk melihat AR dan DR harian, korang perlu pergi ke ruangan insentif dalam aplikasi pemandu. Mingguan AR/CR/DR korang masih akan ditunjukkan pada ruangan homescreen aplikasi pemandu.

Korang yang berminat jadi pemandu Grabcar untuk tambah pendapatan tidak kiralah sebagai part time atau full time. Sila Whatsapp PG. PG akan bantu daftarkan secara PERCUMA.  Bukan sahaja tolong daftar, PG akan kongsi cara untuk maksimakan income sebagai pemandu Grabcar.

Untuk Whatsapp PG sila klik link di bawah:-

Terima kasih sebab sudi baca entri Jadual Hourly Guanrantees Untuk Minggu 2 April – 8 April 2018. Sila juga baca entri lain dibawah:-

-Grab Kiosk Berhampiran Kawasan Anda Yang Perlu Anda Ketahui

Tips Pemandu Grabcar Khususnya Pemandu Baru

Grabcar Tips Malaysia – Kawasan Sibuk Grabcar di Lembah Klang, N.Sembilan dan Johor

 

Pendapatan Grabcar Pada 05/03/2018

pendapatan grabcar

Pendapatan Grabcar Pada 05/03/2018. Fuh dah beberapa hari tak berupdate blog kesayangan nih. Maklumlah agak sibuk memandu Grabcar. Selain itu sibuk dengan urusan keluarga. Alhamdulillah. Kalau boleh memanglah nak update setiap hari blog nih. Tapi apakan daya.

Alhamdulillah pendapatan Grabcar PG masih konsisten seperti biasa. Teknik, strategi, displin dan doa memainkan peranan yang penting jika mahukan pendapatan yang kita inginkan. Grabcar nih mudah sebenarnya. Platform yang disediakan sangat simple. Terpulang pada kita nak corakkannya. Kalau rajin dapatlah income lebih. Kalau malas kuranglah incomenya.

Pendapatan Grabcar Pada 05/03/2018
Jumlah Tambang

 

Pendapatan Grabcar Pada 05/03/2018
Jumlah Insentif

Di atas merupakan jumlah tambang dan insentif pada 05/03/2018.

Jumlah kasar ialah RM206.00 + RM151.00 = RM357.00

Komisen 20% Grab = RM71.40

Kos minyak = RM30.00

Untung bersih = RM255.60

Alhamdulillah. Rezeki keluarga. PG start memandu pada pukul 7 pagi. Stop pada pukul 6 petang. Tapi taklah direct memandu ya. Ada juga waktu rehat untuk pekena cendol, rojak dan teh tarik. Berhenti untuk solat tidak dilupai. Kencing pun jangan dilupai, jangan ditahan kencing. Tak bagus takut kene batu karang pulak nanti.

Kepada korang yang berminat nak jadi driver Grabcar. Tak kiralah sebagai full time ataupun part time. Whatsapp jer PG ya. Nak whatsapp klik SINI.

Terima kasih sebab sudi baca entri ini Pendapatan Grabcar Pada 05/03/2018. Jangan lupa baca entri lain:-

Grab Kiosk Berhampiran Kawasan Anda Yang Perlu Anda Ketahui

grab kiosk

Grab Kiosk. Selepas dah berjaya daftar online, langkah seterusnya ialah perlu pergi ke grab kiosk yang berhampiran. Tujuannya ialah untuk verified dokumen2 yang telah korang lampirkan ketika daftar online tuh.

Antara dokumen2 yang perlu dibawa ketika mengunjungi grab kiosk ialah kad pengenalan, lesen memandu dan cover note insuran. Dokumen tuh semua perlulah bawa yang original yer. Jangan bawa yang fotostat pulak. Staff Grab di setiap grab kiosk akan verified dokumen tuh semua.

Grab Kiosk Lembah Klang

PETRONAS EAST WEST LINK (Connaught Highway)

Lot PT 8060, L/ Raya Hubungan Timur Barat (Connaught H/way), Cheras, New Salak South Village, 57100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Isnin – Sabtu 9.30 pagi – 6.00 petang
Rehat: 2.30 petang – 3.00 petang
Solat Jumaat 12.30 t/hari – 2.45 petang

Cari staff memakai T-shirt Grab berwarna Hijau/Putih bersama Laptop.

PETRONAS MUTIARA DAMANSARA

Lot PT40036, Jln PJU 7/6 Jalan Surian, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor
Isnin – Sabtu 9.30 pagi – 6.00 petang
Rehat: 2.30 petang – 3.00 petang
Solat Jumaat 12.30 t/hari – 2.45 petang

Cari staff memakai T-shirt Grab berwarna Hijau/Putih bersama Laptop.

SHAH ALAM – Old Malaya Kopitiam, Seksyen 7

6, Jalan Plumbum N7/N, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.
Isnin – Sabtu 9.30 pagi – 6.00 petang
Rehat: 2.30 petang – 3.00 petang
Solat Jumaat 12.30 t/hari – 2.45 petang

Cari staff memakai T-shirt Grab berwarna Hijau/Putih bersama Laptop.

SUNWAY – Restoran AL Moon Nasi Kandar (Bawah Hotel Sun Inns)

Isnin – Sabtu 9.30 pagi – 6.00 petang
Rehat: 2.30 petang – 3.00 petang
Solat Jumaat 12.30 t/hari – 2.45 petang

Cari staff memakai T-shirt Grab berwarna Hijau/Putih bersama Laptop.

PETRONAS KLIA 2 (Left side before KLIA 2 exit)

Jalan Terminal, Klia, 43900 Sepang, Selangor.
Isnin – Sabtu 9.30 pagi – 6.00 petang
Rehat: 2.30 petang – 3.00 petang
Solat Jumaat 12.30 t/hari – 2.45 petang

Cari staff memakai T-shirt Grab berwarna Hijau/Putih bersama Laptop.

PETRONAS JELATEK 2

Jalan Jelatek, Kampung Datuk Keramat, 54200 Kuala Lumpur, Selangor.
Isnin – Sabtu 9.30 pagi – 6.00 petang
Rehat: 2.30 petang – 3.00 petang
Solat Jumaat 12.30 t/hari – 2.45 petang

Cari staff memakai T-shirt Grab berwarna Hijau/Putih bersama Laptop.

Untuk mengetahui grab kiosk selain daripada kawasan Lembah Klang, sila klik SINI.

Terima kasih sebab sudi baca entri Grab Kiosk Berhampiran Kawasan Anda Yang Perlu Anda Ketahui. Jangan lupa juga untuk baca entri lain:-

  1. Cara Daftar Grabcar Driver Mudah dan Terkini Online di Malaysia 2018
  2. Grabcar Tips Malaysia – Kawasan Sibuk Grabcar di Lembah Klang, N.Sembilan dan Johor
  3. Tips Pemandu Grabcar Khususnya Pemandu Baru
  4. Pendapatan Pemandu Grab 5 Hari Seminggu

Servis Axia 30000km Bajet Bawah RM200 Taklah Mahal Sangat

servis axia 30000km

Servis Axia 30000km. Masa mula2 bawak Grabcar dulu PG guna kereta Proton Persona. Persona dah agak lama tapi condition masih ok kecuali adalah beberapa masalah kecil. PG siap hantar kedai untuk cuci kusyen, memang bersih kusyen jadinya macam kereta baru.

Isteri kebetulan nak tukar kereta sebab kereta Kelisanya asyik meragam. Dah banyak jugak duit terbang nak membetulkan Kelisa tuh. Sayang memang sayang, tapi tak tahan asyik keluar duit jer kan untuk si Kelisa. Isteri membuat keputusan untuk jual Kelisa dan nak beli Axia Advanced.

Tapi isteri dengan baik hati offer kereta Axia tersebut kepada PG. Katanya Axia lebih jimat minyak dan memang sesuai untuk digunakan sebagai Grabcar. Kepada isteriku terima kasih sebab memahami. Begitulah ringkasan bagaimana munculnya Axia dalam hidup PG. Hehe.

Okeh dalam entri ini PG akan kongsi berkenaan servis Axia 30000km. Yup sebagai pemandu Grabcar sepenuh masa, memang cepat mileagenya naik.

servis axia 30000km

Kos upah untuk servis Axia 30000km ialah RM44.52 termasuk GST. Antara spare parts yang ditukar ketika servis Axia 30000km ialah:-

  1. Oil Filter – RM11.98
  2. Minyak Hitam – RM127.92
  3. Gasket – RM4.03

Jumlah keseluruhan untuk spare parts tersebut ialah RM143.93. Oleh itu, grand total servis Axia 30000km ialah RM188.45.

Alhamdulilah kos servis masih di dalam bajet. Taklah mahal sangat. Servis ketika mileage 40000km lebih mahal sedikit.

Ramai pemandu Grabcar di luar sana yang memilih Axia sebagai jenis kereta Grabcar pilihan mereka. Faktor utama ialah disebabkan Axia sangatlah jimat minyak. Dengan harga minyak semasa ketika ini, perjalanan lebih kurang 300km sehari hanya melibatkan kos minyak sebanyak RM40 sahaja.

Kos servis pun masih dikira murah dan berpatutan berbanding kereta jenis lain. Sangat berbaloi menjadikan Axia sebagai kereta Grabcar kerana dapat meningkatkan keuntungan hasil pemanduan Grabcar. Alhamdulillah.

Terima kasih sebab sudi membaca entri Servis Axia 30000km. Jangan lupa juga untuk baca entri:-

  1. Cara Daftar Grabcar Driver Mudah dan Terkini Online di Malaysia 2018
  2. Jenis Kereta Grabcar Malaysia Yang Perlu Anda Ketahui
  3. Grabcar Tips Malaysia – Kawasan Sibuk Grabcar di Lembah Klang, N.Sembilan dan Johor
  4. Syarat Grabcar Malaysia Yang Amat Perlu Anda Patuhi
  5. Pendapatan Pemandu Grab 5 Hari Seminggu

Pendapatan Grabcar Pada 20/02/2018

pendapatan grabcar 20/02/2018

Pendapatan Grabcar pada 20/02/2018.  Tujuan entri berkenaan pendapatan sebegini bukanlah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk ya. Biasa2 jer pun pendapatannya. Ini hanyalah sebagai rujukan PG di kemudian hari.

Di samping itu, entri2 sebegini mungkin boleh memberi semangat untuk korang yang ingin mencuba menjadi pemandu Grabcar. Dengan keadaan ekonomi sekarang, tak salah untuk mencuba lagipun pendaftaran sebagai pemandu Grabcar adalah percuma. Boleh dilakukan secara part time. Dapatlah juga tambah duit poket dan belanja keluarga. Insya Allah amin.

pendapatan grabcar 20/02/2018
Jumlah Tambang

 

pendapatan grabcar 20/02/2018
Jumlah Insentif

Jumlah kasar ialah RM280.00 + RM85.17 = RM365.17

Komisen 20% Grab = RM73.03

Kos minyak = RM40.00

Untung bersih = RM252.14

Syukur Alhamdulillah rezeki dari-Nya. PG memandu dari pukul 7 pagi hingga 6 petang. Dalam waktu tersebut, PG rehat 1-2 jam untuk solat, makan dan toilet.

Letih tak? Kerja apa yang tak letih kan? Tapi dulu masa mula2 jadi pemandu Grab memang terasa letihnya. Tapi selepas beberapa ketika dan betulkan niat tujuan nak cari rezeki, Alhamdulillah dipermudahkan oleh-Nya.

Terima kasih sebab sudi baca entri ini Pendapatan Grabcar Pada 20/02/2018. Jangan lupa baca entri lain:-