Pendapatan Grabcar Pada 16/02/2018 Yang Berjaya Diperolehi

pendapatan grabcar

Pendapatan Grabcar pada 16/02/2018. Dulu masa mula2 bergelar pemandu Grabcar, pendapatan PG tak konsisten. Ada hari banyak. Ada hari pulak sikit jer. Stress jugak bila pendapatan Grabcar tak konsisten. Kecewa. Tapi PG tak pernah salahkan pihak Grab. PG merungut pun dalam hati jer.

Dalam keadaan pendapatan Grabcar PG yang tidak konsisten, PG pelik ada beberapa pemandu Grabcar yang lain agak berjaya dan konsisten pendapatan harian mereka. Dari situ PG sedar, mungkin strategi pemanduan yang salah. So PG ambil keputusan untuk Whatsapp dan call pemandu2 yang hebat tuh.

Malu bertanyakan sesat jalan. Alhamdulillah walaupun kebanyakkan pemandu Grabcar nih tidak pernah bertemu antara satu sama lain, tapi bila ada soalan dan mintak tips mereka akan berikan. Syukur.

Selepas mendapatkan tips2 daripada beberapa pemandu Grabcar, PG praktikkan. Minggu pertama PG cuba strategi A. Minggu kedua cuba strategi B. Minggu ketiga pula cuba strategi C. Yup betul kene try and error. Kemudian PG akan buat pilihan strategi mana yang serasi dan yang paling konsisten pendapatannya.

pendapatan grabcar
Jumlah Tambang

Alhamdulillah kini pendapatan Grabcar harian PG lebih konsisten berbanding sebelumnya. Tak sia2 mintak tips2 berkenaan strategi pemanduan daripada pemandu2 Grabcar yang lain. Yang penting strategi pemanduan tuh. Kalau dah jumpa strategi yang betul dan serasi, jadi pemandu Grabcar nih memang boleh buat duit. Insya Allah.

pendapatan grabcar
Jumlah Insentif

Pada 16/02/2018, jumlah tambang yang PG perolehi ialah RM216.00. Manakala jumlah insentif yang PG berjaya dapat ialah RM149.85. Jumlah kasar pendapatan Grabcar ialah RM365.85.

Daripada jumlah tersebut pihak Grab HQ akan ambik 20% sebagai komisen mereka iaitu bersamaan RM73.17 (365.85×20%). Jumlah minyak yang digunakan pada hari tersebut pula ialah RM40.00.

Oleh itu, jumlah untung bersih yang diperolehi selepas tolak komisen Grab HQ dan kos minyak ialah RM252.68. Alhamdulillah syukur dengan rezeki-Nya. Sekarang nih Alhamdulillah untung bersih pendapatan Grabcar harian PG konsisten RM250++.

Jika sehari untung bersih RM250. Kerja 6 hari seminggu dari 7 pagi hingga 6 petang. Cuba korang kira berapa untung bersih sebulan. Untuk PG cukup banyak dah. Alhamdulillah sesangat. Nak naikkan pendapatan Grabcar boleh ajer. Rajin atau tidak jer. Badan pun kene jaga jugak. Jangan asyik nak memandu kejar duit sampai tak jaga kesihatan. Bahaya.

Terima kasih sebab sudi baca entri Pendapatan Grabcar Pada 16/02/2018. Jangan lupa untuk baca entri:-

1] Cara Daftar Grabcar Driver Mudah dan Terkini Online di Malaysia 2018

2] Jenis Kereta Grabcar Malaysia Yang Perlu Anda Ketahui

3] Grabcar Tips Malaysia – Kawasan Sibuk Grabcar di Lembah Klang, N.Sembilan dan Johor

4]  Pendapatan Pemandu Grab 5 Hari Seminggu

Tips Pemandu Grabcar Khususnya Pemandu Baru

tips pemandu grabcar

Tips pemandu Grabcar. Kalau nak berkongsi tips pemandu Grabcar ni memang ada banyak sebenarnya. Tapi dalam entri ini, PG akan kongsikan tips² yang PG rasakan penting sahaja yer, terutama untuk korang yang masih baru dalam industri pemanduan Grabcar nih.

tips pemandu grabcar

Akaun Grabcar Anda Baru Aktif?

Pertamanya, tahniah sebab permohonan korang untuk menjadi pemandu Grabcar sudah berjaya. Mesti gembira yang amat sangat, kan? PG yakin niat masing² hendak menambah pendapatan keluarga. Insya Allah jika niatnya baik Allah SWT akan permudahkan. Jom kita sama² tambah pendapatan dengan cara yang Halal.

Antara tips pemandu Grabcar khususnya kepada pemandu baru ialah:-

1] Download Aplikasi Grab Driver

Sila download aplikasi Grab Driver di dalam smartphone korang. Di bawah PG kongsikan link download berbeza iaitu untuk pengguna smartphone Andriod dan Apple.

2] Top-up Aplikasi Grab Driver

Untuk mendapat job atau tempahan dari pengguna Grabcar. Perkara pertama yang perlu korang buat ialah top-up aplikasi Grab Driver. Untuk permulaan, korang perlu top-up minimum RM20. Tapi dinasihatkan untuk top-up lebih sikit supaya korang akan sentiasa dapat job. Leceh pulak jika asyik nak top-up selalu kan.  Pastikan baki kredit korang minimum RM20 untuk mendapat job seterusnya.

Top-up ini ialah kerana pihak Grab hendak potong 20-25% komisen untuk setiap job yang telah korang selesaikan. Cara nak top-up aplikasi Grab Driver ada beberapa cara. Jangan risau mudah sahaja,

  • Cara 1 – Beli top-up kat Petronas / 7-Eleven / KK Mart yang terpilih sahaja. Bagitau staff bertugas korang nak beli “GRAB TOP-UP”.
  • Cara 2 – Top-up menggunakan aplikasi E-Pay.
  • Cara 3 – Transfer dari cash wallet applikasi Grab Driver.

Selepas selesai download aplikasi Grab Driver dan top-up. Korang dah boleh bersedia untuk melakukan tugasan sebagai pemandu Grabcar.

Tips Pemandu Baru Grabcar

Antara tips utama ialah korang perlu tahu kawasan² hotspot pengguna Grabcar, nak tahu lebih lanjut sila baca entri Grabcar Tips Malaysia – Kawasan Sibuk Grabcar di Lembah Klang, N.Sembilan dan Johor. Jika korang fokus dan sentiasa berada di kawasan² tersebut, Insya Allah pendapatan korang sebagai pemandu Grabcar akan konsisten.

Antara tips² lain ialah:-

1] Sila hadam manual Grab Driver. Banyak info penting dalam manual tersebut. Tengok dan hadamkan 2-3 kali pun takpe supaya benar² faham sebelum melakukan pemanduan Grabcar yang pertama. Boleh rujuk SINI untuk hadam manual Grab Driver.

2] Jangan lupa save kan nombor telefon Grab HQ di dalam handphone korang untuk sebarang pertanyaan ataupun kecemasan.

Grab HQ → 03- 7964 5000 / 1300-80-5858

3] Sila jaga rating Grab Driver korang. Ini penting.

→ Acceptance rate – minimum 30%

→ Cancellation rate – maximum 10%

4] 90% pengguna Grabcar membayar tambang secara tunai. So sila pastikan korang menyediakan duit baki yang mencukupi.

5] Isi minyak penuh siap² sebelum memulakan tugas. Sila jangan berhenti dan isi minyak ketika sedang menghantar penumpang. Penumpang tak suka dan rating korang boleh jatuh teruk.

6] Sila top-up smart-tag / touch-n-go korang siap² sebelum memulakan tugas.

7] Korang kene makan dan minum secukupnya. Jangan asyik nak berhenti rehat jer. Itu malas namanya. Hehe. Berhenti bila perlu contohnya untuk makan, solat dan toilet.

8] Apabila penumpang melangkah masuk ke dalam kereta korang, sila bagi salam. Ucapkan Assalamualaikum/Hai, ini sahaja sudah mencukupi. Ketika dalam perjalanan, bolehlah tanya lagi 1-2 soalan contohnya “Tuan sudah makan?” ataupun “Aircond kereta saya OK tak?”. Tujuannya untuk menampakkan kita ni tak sombong dan hendak ajak berborak. Tapi 1-2 soalan dah memadai. Jangan lebih² tanya soalan terutamanya soalan bersifat peribadi dan politik. Ada penumpang yang jenis suka berborak. Ada pula yang kita tanya sepatah dia jawab sepatah.

9] Selepas menghantar penumpang, sila tunggu 5 minit untuk job seterusnya. Jika tiada job baru masuk, silalah bergerak ke kawasan hotspot.

10] Pakaian bebas tapi perlulah kemas. Jangan selekeh² sebab boleh menjatuhkan rating Grab driver korang.

PG harap serba sedikit tips pemandu Grabcar di atas dapat membantu khususnya korang yang bergelar pemandu baru Grabcar.

Terima kasih sebab sudi baca entri Tips Pemandu Grabcar. Jangan lupa juga untuk baca:-

1] Cara Daftar Grabcar Driver Mudah dan Terkini Online di Malaysia 2018

2] Jenis Kereta Grabcar Malaysia Yang Perlu Anda Ketahui

3] Syarat Grabcar Malaysia Yang Amat Perlu Anda Patuhi

4] Pendapatan Pemandu Grab 5 Hari Seminggu

Servis Axia 40000km Mahal Sikit Sebab Major Servis

servis axia 40000km

Servis Axia 40000km. 3 hari yang lepas PG bawak kereta Axia pergi servis untuk yang ke 40000km. Namun bukanlah tepat² 40000km ketika itu, mileage sebenar ketika berada di pusat servis ialah 40539km. PG dimaklumkan jangan jauh sangat mileage dari yang ditetapkan, takut void warranty nanti.

servis axia 40000km

PG servis Axia 40000km di pusat servis Perodua. PG tidak servis di bengkel biasa sebab tidak mahu void warranty. Risau pulak jika void warranty dan jika ada apa² berlaku lagi banyak pulak kos yang hendak ditanggung sendiri. Huhu.

Disebabkan memandu Grabcar, memang cepat mileage naik. Jika PG memandu Grabcar, mileage purata ialah 300km sehari. Itu yang dalam masa beberapa bulan sudah tiba masa untuk servis Axia 40000km.

Untuk servis ke 40000km ini, kosnya agak tinggi berbanding servis² sebelumnya. Mahal sikit sebab servis ke 40000km dikira major servis.

servis axia 40000km

Kos upah untuk servis Axia 40000km ialah RM136.74 termasuk GST. Kos ini melibatkan servis yang ke 40000km berjumlah RM84.80 dan alignment balancing berjumlah RM51.94.

Antara spare parts yang ditukar ketika servis Axia 40000km ialah:-

  1. Oil Filter – RM11.98
  2. Minyak Hitam – RM127.92
  3. Spark Plug – RM35.62
  4. Brake Fluid – RM21.20
  5. Radiator Coolant – RM26.50
  6. Gasket – RM4.03
  7. Aircond Belting – RM45.58

Jumlah keseluruhan untuk spare parts tersebut ialah RM272.83. Oleh itu, grand total servis Axia 40000km ialah RM409.57.

Selepas mencecah mileage legih 40000km, PG sangat berpuas hati dengan prestasi Axia. Tiada masalah besar yang timbul Alhamdulillah. Ianya sebuah kereta mampu milik yang tahan lasak.

Ramai pemandu Grabcar di luar sana yang memilih Axia sebagai jenis kereta Grabcar pilihan mereka. Faktor utama ialah disebabkan Axia sangatlah jimat minyak. Dengan harga minyak semasa ketika ini, perjalanan lebih kurang 300km sehari hanya melibatkan kos minyak sebanyak RM40 sahaja.

Kos servis pun masih dikira murah dan berpatutan berbanding kereta jenis lain. Sangat berbaloi menjadikan Axia sebagai kereta Grabcar kerana dapat meningkatkan keuntungan hasil pemanduan Grabcar. Alhamdulillah.

Terima kasih sebab sudi membaca entri Servis Axia 40000km. Jangan lupa juga untuk baca entri:-

  1. Cara Daftar Grabcar Driver Mudah dan Terkini Online di Malaysia 2018
  2. Jenis Kereta Grabcar Malaysia Yang Perlu Anda Ketahui
  3. Grabcar Tips Malaysia – Kawasan Sibuk Grabcar di Lembah Klang, N.Sembilan dan Johor
  4. Syarat Grabcar Malaysia Yang Amat Perlu Anda Patuhi

Syarat Grabcar Malaysia Yang Amat Perlu Anda Patuhi

syarat grabcar malaysia

Syarat Grabcar Malaysia. Sebelum daftar sebagai pemandu Grabcar, korang perlu tahu terlebih dahulu syarat Grabcar Malaysia yang sudah ditetapkan oleh pihak Grab HQ. Syarat²nya taklah susah mana. Jom kita lihat apa di antara syarat Grabcar Malaysia tersebut.

  • Memiliki kad pengenalan Malaysia. ( IC Biru sahaja )
  • Lesen memandu penuh. ( Bukan lesen P )
  • Umur 21 tahun dan ke atas.
  • Kereta tahun 2008 dan ke atas. ( kereta 2008-2010 perlu buat inspection kat HQ Grab ataupun kiosk² yang ditetapkan )
  • Nama korang tertera dalam cover note insuran kereta.
  • Boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan Inggeris.
  • Penampilan diri yang kemas, tidak selekeh.
  • Tiada saman JPJ dan Polis Trafik sehingga di blacklist.

syarat grabcar malaysia

Kepada yang berumur 50 tahun dan ke atas, tuan/puan perlu melakukan pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu. Pemeriksaan kesihatan boleh dilakukan di mana² klinik berhampiran. Ujian kesihatan hanya untuk memastikan tuan/puan cukup sihat untuk tugas pemanduan. Sebelum pergi ke klinik, jangan lupa print borang Grab Medical Form Driver Registration PDF Over 50 dan berikan kepada doktor bertugas.

Jenis Kereta Yang Tidak Layak Untuk Grabcar

  • Perodua Kelisa
  • Perodua Viva
  • Perodua Kancil
  • Perodua Kembara
  • Perodua Kenari
  • Inokom Atos
  • Inokom Matrix
  • Naza Sutera
  • Renault Kangoo
  • Proton Wira
  • Proton Iswara
  • Proton Gen 2
  • Proton Savvy
  • Proton Satria Neo
  • Proton Waja (Hanya ditolak di Sabah)
  • Kia Spectra
  • Honda CR-Z
  • Hyundai i10 (Model lama 2007-2010)
  • Chevrolet Aveo (Model lama 2007-2010)

Kereta Yang Diterima Dalam Kategori 6-Seater

  • BMW 2 Series Gran Tourer
  • Chery Eastar
  • Chery Maxime
  • Chevrolet Captiva
  • Chevrolet Orlando
  • Citroen Grand C4 Picasso
  • Ford S-MAX
  • Honda BRV
  • Honda Freed
  • Honda Odyssey
  • Honda Stream
  • Hyundai Grand Starex
  • Hyundai Santa Fe
  • Kia Sorento
  • Kia Grand Carnival
  • Maxus G10
  • Mazda 5
  • Mazda 8
  • Mazda Biante
  • Mercedes Benz R-Class
  • Mercedes Benz V-Class
  • Mitsubishi Grandis
  • Mitsubishi Pajero
  • Naza Citra
  • Nissan Elgrand
  • Nissan Grand Livina
  • Nissan Serena S-Hybrid
  • Nissan X-Gear/ X Trail
  • Perodua Alza
  • Peugeot 5008
  • Proton Ertiga
  • Proton Exora
  • Ssangyong Stavic
  • Suzuki APV
  • Toyota Alphard
  • Toyota Avanza
  • Toyota Innova
  • Toyota Fortuner
  • Toyota Previa
  • Toyota Rush
  • Toyota Sienta
  • Toyota Previa/Estima
  • Toyota Vanguard
  • Toyota Vellfire
  • Toyota Wish
  • Volkswagen Cross Touran
  • Volkswagen Sharan
  • Ford Transit***
  • Kia Pregio***
  • Maxus V80***
  • Nissan Urvan***
  • Toyota Hiace***

*** Hanya diterima dalam kategori 6-Seater

Kereta Yang Diterima Dalam Kategori Grabcar Premium *Lembah Klang*

  • Alfa Romeo 159
  • Audi A4
  • Audi A5 Coupe
  • Audi A5 Sportback
  • Audi A6
  • Audi A7
  • Audi Q5
  • BMW 3 Series
  • BMW 3 Series GT
  • BMW 4 Series Convertible/Coupe/Gran Coupe
  • BMW 5 Series
  • BMW 6 Series
  • BMW M3
  • BMW M4 Coupe
  • BMW X3
  • BMW X4
  • BMW X5
  • Chevrolet Malibu
  • Ford Mondeo
  • Ford S-MAX
  • Honda Accord
  • Honda Odyssey
  • Hyundai Grand Starex
  • Hyundai i40 Sedan/Tourer
  • Hyundai Santa Fe
  • Hyundai Sonata
  • Infiniti Q50
  • Infiniti Q60
  • Infiniti QX50
  • Jaguar F-Pace
  • Jaguar XE
  • Jeep Cherokee
  • Kia Optima
  • Kia Sorento
  • Kia Grand Carnival
  • Land Rover Discovery Sport
  • Land Rover Freelander
  • Land Rover Range Rover Evoque
  • Lexus G250
  • Lexus IS
  • Lexus NX
  • Lexus RC/RC F
  • Maxus G10
  • Mazda Biante
  • Mazda 6 Grand Touring/ Sedan
  • Mazda 8
  • Mazda CX-9
  • Mercedes-Benz C-Class/ AMG/Cabriolet/Coupe/Coupe AMG
  • Mercedes-Benz E-Class
  • Mercedes-Benz GLC / GLC Coupe
  • Nissan Murano
  • Nissan Teana
  • Nissan Serena
  • Peugeot 508
  • Peugeot 508 SW
  • Proton Perdana (New Accord based model)
  • Renault Fluence
  • Subaru Legacy Sedan
  • Subaru Legacy Wagon
  • Ssangyong Stavic
  • Suzuki Kizashi
  • Toyota Alphard
  • Toyota Camry
  • Toyota Mark X
  • Toyota Prius 1.8
  • Toyota Previa/Estima
  • Toyota Vellfire
  • Volkswagen CC
  • Volkswagen Passat CC R-Line
  • Volkswagen Passat
  • Volkswagen Sharan
  • Volvo S60
  • Volvo S80
  • Volvo V60
  • Volvo XC60
  • Volvo XC90

Berikut merupakan antara syarat Grabcar Malaysia. Jika berminat untuk daftar sebagai Grabcar driver sila klik Cara Daftar Grabcar Mudah dan Terkini Online di Malaysia 2018 ataupun boleh terus Whatsapp PG di talian 016-3337689 (Whatsapp Sahaja).

Terima kasih sebab baca entri Syarat Grabcar Malaysia. Jangan lupa baca entri Grabcar Tips Malaysia – Kawasan Sibuk Grabcar di Lembah Klang, N.Sembilan dan Johor.

Grabcar Tips Malaysia – Kawasan Sibuk Grabcar di Lembah Klang, N.Sembilan dan Johor

grabcar tips malaysia

Grabcar Tips Malaysia . Nak drive Grabcar kena ada strategi. Pemilihan kawasan nak drive sangat penting. Rugi kalau drive di tempat yang tak banyak permintaan Grab. Rugi masa, rugi minyak kereta. Rugi masa sebab tunggu punya tunggu job tak masuk2. Rugi minyak kereta sebab jenuh pusing2 pun  job masih tak masuk2. Rugi-rugi.

Okeh dalam entri nih, PG akan kongsikan kawasan sibuk Grabcar di Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Johor. Harap membantu korang yang masih tercari-cari kawasan hotspot Grabcar. Sila jangan abaikan Grabcar Tips Malaysia nih ya. Penting kalau korang serius nak tingkatkan pendapatan Grabcar korang.

grabcar tips malaysia

Kawasan Sibuk Grabcar di Lembah Klang

KLCC
Bangsar
Central PJ
Central PJ
Mont Kiara & Sri Hartamas
Damansara Heights
Kepong
WANGSA MAJU
Subang Airport
Ara Damansara
Shah Alam
Subang Jaya
Subang Jaya – Taipan
KLIA
Kota Damansara
Mutiara Damansara & Damansara Perdana
TAMAN TUN DR ISMAIL
KAMPUNG SUNGAI KAYU ARA
Damansara Utama
Central Sentul
Sunway
Puchong
BUKIT JALIL
TAMAN DESA
Kuchai / OUG
Seri Kembangan
Ampang
Titiwangsa
SG BESI
CHAN SOW LIN
BANDAR UTAMA
DAMANSARA JAYA
Kelana Jaya
Central Cheras
Cheras

 

Kawasan Sibuk Grabcar di Negeri Sembilan

KTM Seremban
Seremban City Centre
Terminal One
Seremban 2 City Centre
Senawang city centre
Port Dickson City Centre
Teluk Kemang
Bandar Baru Nilai

 

Kawasan Sibuk Grabcar di Johor
Bukit Indah
Johor Bahru town
Permas Jaya
Mount Austin
Senai
Skudai

 

Insya Allah jika berpeluang dan cukup masa PG akan kongsikan kawasan sibuk grabcar di tempat-tempat lain pula yer. Bukan apa, jadi driver Grabcar ni kalau serius memang sibuk sikit. Nak kejar insentif la katakan. Tu yang tak boleh nak update setiap hari blog kesayangan ni. Hehe.

Terima kasih sebab sudi membaca entri Grabcar Tips Malaysia – Kawasan Sibuk Grabcar di Lembah Klang, N.Sembilan dan Johor. Insya Allah banyak lagi tips2 berkenaan Grabcar akan menyusul di kemudian hari.

Jangan lupa baca:-

1) Cara Daftar Grabcar Driver Mudah dan Terkini Online di Malaysia 2018

2) Jenis Kereta Grabcar Malaysia Yang Perlu Anda Ketahui

3) Pendapatan Pemandu Grab 5 Hari Seminggu