Pendapatan Grabcar Pada 05/03/2018

Pendapatan Grabcar Pada 05/03/2018. Fuh dah beberapa hari tak berupdate blog kesayangan nih. Maklumlah agak sibuk memandu Grabcar. Selain itu sibuk dengan urusan keluarga. Alhamdulillah. Kalau boleh memanglah nak update setiap hari blog nih. Tapi apakan daya.

Alhamdulillah pendapatan Grabcar PG masih konsisten seperti biasa. Teknik, strategi, displin dan doa memainkan peranan yang penting jika mahukan pendapatan yang kita inginkan. Grabcar nih mudah sebenarnya. Platform yang disediakan sangat simple. Terpulang pada kita nak corakkannya. Kalau rajin dapatlah income lebih. Kalau malas kuranglah incomenya.

Pendapatan Grabcar Pada 05/03/2018
Jumlah Tambang

 

Pendapatan Grabcar Pada 05/03/2018
Jumlah Insentif

Di atas merupakan jumlah tambang dan insentif pada 05/03/2018.

Jumlah kasar ialah RM206.00 + RM151.00 = RM357.00

Komisen 20% Grab = RM71.40

Kos minyak = RM30.00

Untung bersih = RM255.60

Alhamdulillah. Rezeki keluarga. PG start memandu pada pukul 7 pagi. Stop pada pukul 6 petang. Tapi taklah direct memandu ya. Ada juga waktu rehat untuk pekena cendol, rojak dan teh tarik. Berhenti untuk solat tidak dilupai. Kencing pun jangan dilupai, jangan ditahan kencing. Tak bagus takut kene batu karang pulak nanti.

Kepada korang yang berminat nak jadi driver Grabcar. Tak kiralah sebagai full time ataupun part time. Whatsapp jer PG ya. Nak whatsapp klik SINI.

Terima kasih sebab sudi baca entri ini Pendapatan Grabcar Pada 05/03/2018. Jangan lupa baca entri lain:-

One Reply to “Pendapatan Grabcar Pada 05/03/2018”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *