Pendapatan Grabcar Pada 20/02/2018

Pendapatan Grabcar pada 20/02/2018.  Tujuan entri berkenaan pendapatan sebegini bukanlah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk ya. Biasa2 jer pun pendapatannya. Ini hanyalah sebagai rujukan PG di kemudian hari.

Di samping itu, entri2 sebegini mungkin boleh memberi semangat untuk korang yang ingin mencuba menjadi pemandu Grabcar. Dengan keadaan ekonomi sekarang, tak salah untuk mencuba lagipun pendaftaran sebagai pemandu Grabcar adalah percuma. Boleh dilakukan secara part time. Dapatlah juga tambah duit poket dan belanja keluarga. Insya Allah amin.

pendapatan grabcar 20/02/2018
Jumlah Tambang

 

pendapatan grabcar 20/02/2018
Jumlah Insentif

Jumlah kasar ialah RM280.00 + RM85.17 = RM365.17

Komisen 20% Grab = RM73.03

Kos minyak = RM40.00

Untung bersih = RM252.14

Syukur Alhamdulillah rezeki dari-Nya. PG memandu dari pukul 7 pagi hingga 6 petang. Dalam waktu tersebut, PG rehat 1-2 jam untuk solat, makan dan toilet.

Letih tak? Kerja apa yang tak letih kan? Tapi dulu masa mula2 jadi pemandu Grab memang terasa letihnya. Tapi selepas beberapa ketika dan betulkan niat tujuan nak cari rezeki, Alhamdulillah dipermudahkan oleh-Nya.

Terima kasih sebab sudi baca entri ini Pendapatan Grabcar Pada 20/02/2018. Jangan lupa baca entri lain:-

3 Replies to “Pendapatan Grabcar Pada 20/02/2018”

  1. Waa menarik. Saya pernah cuba nak jadi driver grab/uber tapi semua kereta yang ada tak lepas. Ada kira-kira nak ambil kereta baru, tapi oleh sebab nak buat part time saja dan saya masih pelajar tiada pendapatan tetap, terpaksa dipadamkan keinginan jadi driver.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *