Pendapatan Grabcar Pada 16/02/2018 Yang Berjaya Diperolehi

Pendapatan Grabcar pada 16/02/2018. Dulu masa mula2 bergelar pemandu Grabcar, pendapatan PG tak konsisten. Ada hari banyak. Ada hari pulak sikit jer. Stress jugak bila pendapatan Grabcar tak konsisten. Kecewa. Tapi PG tak pernah salahkan pihak Grab. PG merungut pun dalam hati jer.

Dalam keadaan pendapatan Grabcar PG yang tidak konsisten, PG pelik ada beberapa pemandu Grabcar yang lain agak berjaya dan konsisten pendapatan harian mereka. Dari situ PG sedar, mungkin strategi pemanduan yang salah. So PG ambil keputusan untuk Whatsapp dan call pemandu2 yang hebat tuh.

Malu bertanyakan sesat jalan. Alhamdulillah walaupun kebanyakkan pemandu Grabcar nih tidak pernah bertemu antara satu sama lain, tapi bila ada soalan dan mintak tips mereka akan berikan. Syukur.

Selepas mendapatkan tips2 daripada beberapa pemandu Grabcar, PG praktikkan. Minggu pertama PG cuba strategi A. Minggu kedua cuba strategi B. Minggu ketiga pula cuba strategi C. Yup betul kene try and error. Kemudian PG akan buat pilihan strategi mana yang serasi dan yang paling konsisten pendapatannya.

pendapatan grabcar
Jumlah Tambang

Alhamdulillah kini pendapatan Grabcar harian PG lebih konsisten berbanding sebelumnya. Tak sia2 mintak tips2 berkenaan strategi pemanduan daripada pemandu2 Grabcar yang lain. Yang penting strategi pemanduan tuh. Kalau dah jumpa strategi yang betul dan serasi, jadi pemandu Grabcar nih memang boleh buat duit. Insya Allah.

pendapatan grabcar
Jumlah Insentif

Pada 16/02/2018, jumlah tambang yang PG perolehi ialah RM216.00. Manakala jumlah insentif yang PG berjaya dapat ialah RM149.85. Jumlah kasar pendapatan Grabcar ialah RM365.85.

Daripada jumlah tersebut pihak Grab HQ akan ambik 20% sebagai komisen mereka iaitu bersamaan RM73.17 (365.85×20%). Jumlah minyak yang digunakan pada hari tersebut pula ialah RM40.00.

Oleh itu, jumlah untung bersih yang diperolehi selepas tolak komisen Grab HQ dan kos minyak ialah RM252.68. Alhamdulillah syukur dengan rezeki-Nya. Sekarang nih Alhamdulillah untung bersih pendapatan Grabcar harian PG konsisten RM250++.

Jika sehari untung bersih RM250. Kerja 6 hari seminggu dari 7 pagi hingga 6 petang. Cuba korang kira berapa untung bersih sebulan. Untuk PG cukup banyak dah. Alhamdulillah sesangat. Nak naikkan pendapatan Grabcar boleh ajer. Rajin atau tidak jer. Badan pun kene jaga jugak. Jangan asyik nak memandu kejar duit sampai tak jaga kesihatan. Bahaya.

Terima kasih sebab sudi baca entri Pendapatan Grabcar Pada 16/02/2018. Jangan lupa untuk baca entri:-

1] Cara Daftar Grabcar Driver Mudah dan Terkini Online di Malaysia 2018

2] Jenis Kereta Grabcar Malaysia Yang Perlu Anda Ketahui

3] Grabcar Tips Malaysia – Kawasan Sibuk Grabcar di Lembah Klang, N.Sembilan dan Johor

4]  Pendapatan Pemandu Grab 5 Hari Seminggu

One Reply to “Pendapatan Grabcar Pada 16/02/2018 Yang Berjaya Diperolehi”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *