Pendapatan Pemandu Grab Jika Memandu 5 Hari Seminggu

Pendapatan Pemandu Grab Jika Memandu 5 Hari Seminggu. Fuh bersawang blog kesayangan PG nih. Sibuk bawak grab tuh yang kurang masa nak menulis. Nak buat macam mana kan, cari duit lebih penting. Hehe. Tapi Insya Allah lepas nih PG akan cuba update blog at least seminggu sekali.

Pemandu Grab asasnya ada 2 jenis. Satu yang jenis suka tambang mahal-mahal, yang nih digelar fare player. Lagi satu yang jenis suka tambang rendah, yang nih digelar incentive player.

Pada awalan bawak Grab dulu, PG dah cuba kedua-dua cara iaitu sebagai fare player dan incentive player. Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Korang kena cuba setiap cara tersebut then buatlah perbandingan. Perbandingan berdasarkan untung rugi, penjimatan minyak, masa, kawasan dan jiwa korang.

Jangan buat keputusan berdasarkan pilihan pemandu-pemandu Grab yang lain. Korang yang kena cuba dan buat keputusan sendiri. Macam PG, selepas mencuba setiap cara, PG buat keputusan untuk menjadi incentive player.

Pendapatan Pemandu Grab:- Jumlah Tambang

pendapatan pemandu grab

pendapatan pemandu grab

Untuk minggu tersebut PG hanya memandu 5 hari sahaja. PG berjaya lengkapkan 163 trip perjalanan. Berbeza dengan fare player, PG sebagai incentive player memang kejar trip, lagi banyak trip yang berjaya diselesaikan lagi banyak insentif akan diperolehi.

Untuk 5 hari tersebut, jumlah kasar tambang terkumpul ialah RM1109.00. Syukur Alhamdulillah rezeki dariNya. Jom tengok pulak kat bawah jumlah insentif yang berjaya diperolehi.

Pendapatan Pemandu Grab:- Jumlah Insentif

pendapatan pemandu grab

pendapatan pemandu grab

pendapatan pemandu grab

pendapatan pemandu grab

pendapatan pemandu grab

Jumlah kasar insentif yang berjaya diperolehi untuk tempoh 5 hari tersebut ialah RM974.98. Selepas tolak komisen Grab, jumlah bersih insentif ialah RM812.49.

Untuk minggu tersebut jumlah kasar tambang dan insentif yang berjaya diperolehi ialah RM1109.00 + RM974.98 = RM2083.98.

Jumlah bersih pendapatan selepas tolak komisen Grab 20% dan kos minyak ialah RM1458.77. Ok la kan? Itu baru 5 hari memandu. Kalau memandu 6 atau 7 hari seminggu pasti akan dapat lebih. Tapi jangan terlalu paksa sangat badan tu.

Berminat nak jadi pemandu Grab? Sila whatsapp PG untuk maklumat lanjut k, klik sini -> http://wasap.my/60163337689/daftar_grabcar_percuma

Terima kasih sebab sudi baca entri Pendapatan Pemandu Grab Jika Memandu 5 Hari Seminggu. Jangan lupa juga untuk baca entri best di bawah:-

1)  Cara Daftar Grabcar Driver Mudah dan Terkini Online di Malaysia 2018

2) Grab Kiosk Berhampiran Kawasan Anda Yang Perlu Anda Ketahui

3) Jenis Kereta Grabcar Malaysia Yang Perlu Anda Ketahui

4) Grabcar Tips Malaysia – Kawasan Sibuk Grabcar di Lembah Klang, N.Sembilan dan Johor

5) Tips Pemandu Grabcar Khususnya Pemandu Baru