Pengalaman Jadi Pemandu Grab Yang Perlu Anda Tahu

Pengalaman Jadi Pemandu Grab Yang Perlu Anda Tahu. Setakat entri ni ditulis, sudah lebih kurang 2 tahun PG menjadi pemandu Grab. Fuh sekejap jer masa berlalu. Pejam celik sudah lama jugak menjadi pemandu Grab nih.

Sepanjang 2 tahun nih, pengalaman jadi pemandu Grab nih memang sudah agak banyak. Macam² ragam rider PG dah jumpa. Untuk yang tak tahu, rider ialah penumpang/customer.

So dalam entri nih, PG akan kongsi beberapa pengalaman jadi pemandu  Grab. Kebiasaanya pengalaman PG nih akan dialami jugak oleh pemandu² Grab yang lain.

pengalaman jadi pemandu grab

Pengalaman Jadi Pemandu Grab

Pemandu Grab Bukannya Despatch

Okeh kepada yang tak tahu. Ni PG nak bagitau, tugas pemandu Grab ialah mengambil rider dari destinasi A dan hantar ke destinasi B. Kami ambil dan hantar orang/manusia. Ada sesetengah rider nih dorang buat² tak faham. Dorang order Grab lepastu dorang suruh hantar dokumen la, suruh hantar durian la, suruh drive-thru McDonalds la. What???

Ikutkan tak salah apa pun. Tapi ada yang jenis suka ambik kesempatan. Contohnya rider suruh hantar dokumen sekian². Dia dah bayar pun siap². Tapi bila dah sampai destinasi kami kena naik office untuk hantar dokumen tuh. Sebelum tuh nak kena cari parking lagi. Hmmm. Lain kali order la despatch, kan?

Sekarang nih PG tak layan dah job² macam nih. Dulu masa mula² jadi pemandu Grab PG layankan ajer. Sekarang sorry PG nak layan. Kalau ada job macam nih PG akan suruh rider cancel.

Lagipun risiko menghantar dokumen atau selain dari manusia nih ditanggung sendiri oleh kita pemandu Grab. Grab takkan bertanggungjawab jika ada apa² yang berlaku. Contohnya rider bagitau suruh hantar dokumen, satlagi rupa²nya dadah, nasib tak baik kena tahan polis pulak, hmmm tak pasal² masuk penjara.

Rider Bangladesh – Paling banyak salah lokasi dan paling berbau.

Rider Bangladesh paling banyak order salah lokasi pick-up dan drop-off. Ramai pemandu Grab setuju dengan perkara nih. Kalau tak percaya cuba tanya pemandu Grab. Hehe.

Dorang nih main suka order jer. Geram. Bila lokasi dah salah ha mulalah berpusing-pusing kita dibuatnya. Bila telefon tanya lokasi sebenar, jawapan dorang pun mengundang kemarahan. Kena pulak waktu peak dan jem fuh memang menguji tahap kesabaran.

Kalau terjadi memang PG suruh dorang cancel. Kalau lokasinya tak jauh sangat PG akan ambik. Tapi dalam kereta siaplah PG akan membebel la. Lantaklah dia nak bagi 1-star jer rating PG tak kisah dah. Ada ramai lagi rider yang boleh bagi 5-star Insya Allah.

Lagi satu masalah dengan warga Bangladesh nih ialah bau badannya. Perghh memang tak boleh tahan bau badan dorang. Kalau sorang pun dah pening kepala kalau dalam kereta tuh. Korang bayangkan kalau sekali 4 yang masuk kereta. Memang nak termuntah. Biasanya kalau bawak dorang mesti akan bukak tingkap.

Rider Kulit Hitam – Lambat dan suka mengarah.

Antara kawasan yang banyak rider kulit hitam/Afrika ialah di Flora Damansara dan Damansara Damai. Biasanya dorang yang bermasalah ni dari negara Nigeria.

Dorang nih memang selalu lambat berada di tempat pickup. Biasanya bila driver dah sampai, barulah dorang nak keluar rumah. Lepas tu bagi alasan lif rosak lah. Lif ramai orang lah. Hmmm. Lepas tu, bila dah masuk kereta dorang boleh pulak suruh kita bawak laju² sebab katanya dorang dah lambat.

Lagi satu masalah dorang nih. Suka² mintak nak berhenti dalam pertengahan perjalanan. Dorang suruh berhenti nak pergi cucuk duit kat ATM lah, ada yang nak singgah beli KFC lah.

PG sekarang nih memang tak layan dah permintaan² bengong dorang nih. Kami ni pemandu Grab, bukan personal driver korang.

Itulah antara pengalaman PG sebagai pemandu Grab. Sebenarnya ada beberapa pengalaman lagi, cuma dalam entri nih cukuplah setakat nih yer. Dah panjang entri nih. Hohoho.

Berminat nak jadi pemandu Grab? Sila whatsapp PG untuk maklumat lanjut k, klik sini -> http://wasap.my/60163337689/daftar_grabcar_percuma

Terima kasih sebab sudi baca entri Pengalaman Jadi Pemandu Grab Yang Perlu Anda Tahu. Jangan lupa juga baca entri best kat bawah nih:-

1)  Cara Daftar Grabcar Driver Mudah dan Terkini Online di Malaysia 2018

2) Grab Kiosk Berhampiran Kawasan Anda Yang Perlu Anda Ketahui

3) Jenis Kereta Grabcar Malaysia Yang Perlu Anda Ketahui

4) Grabcar Tips Malaysia – Kawasan Sibuk Grabcar di Lembah Klang, N.Sembilan dan Johor

5) Tips Pemandu Grabcar Khususnya Pemandu Baru