Servis Axia 30000km Bajet Bawah RM200 Taklah Mahal Sangat

servis axia 30000km

Servis Axia 30000km. Masa mula2 bawak Grabcar dulu PG guna kereta Proton Persona. Persona dah agak lama tapi condition masih ok kecuali adalah beberapa masalah kecil. PG siap hantar kedai untuk cuci kusyen, memang bersih kusyen jadinya macam kereta baru.

Isteri kebetulan nak tukar kereta sebab kereta Kelisanya asyik meragam. Dah banyak jugak duit terbang nak membetulkan Kelisa tuh. Sayang memang sayang, tapi tak tahan asyik keluar duit jer kan untuk si Kelisa. Isteri membuat keputusan untuk jual Kelisa dan nak beli Axia Advanced.

Tapi isteri dengan baik hati offer kereta Axia tersebut kepada PG. Katanya Axia lebih jimat minyak dan memang sesuai untuk digunakan sebagai Grabcar. Kepada isteriku terima kasih sebab memahami. Begitulah ringkasan bagaimana munculnya Axia dalam hidup PG. Hehe.

Okeh dalam entri ini PG akan kongsi berkenaan servis Axia 30000km. Yup sebagai pemandu Grabcar sepenuh masa, memang cepat mileagenya naik.

servis axia 30000km

Kos upah untuk servis Axia 30000km ialah RM44.52 termasuk GST. Antara spare parts yang ditukar ketika servis Axia 30000km ialah:-

  1. Oil Filter – RM11.98
  2. Minyak Hitam – RM127.92
  3. Gasket – RM4.03

Jumlah keseluruhan untuk spare parts tersebut ialah RM143.93. Oleh itu, grand total servis Axia 30000km ialah RM188.45.

Alhamdulilah kos servis masih di dalam bajet. Taklah mahal sangat. Servis ketika mileage 40000km lebih mahal sedikit.

Ramai pemandu Grabcar di luar sana yang memilih Axia sebagai jenis kereta Grabcar pilihan mereka. Faktor utama ialah disebabkan Axia sangatlah jimat minyak. Dengan harga minyak semasa ketika ini, perjalanan lebih kurang 300km sehari hanya melibatkan kos minyak sebanyak RM40 sahaja.

Kos servis pun masih dikira murah dan berpatutan berbanding kereta jenis lain. Sangat berbaloi menjadikan Axia sebagai kereta Grabcar kerana dapat meningkatkan keuntungan hasil pemanduan Grabcar. Alhamdulillah.

Terima kasih sebab sudi membaca entri Servis Axia 30000km. Jangan lupa juga untuk baca entri:-

  1. Cara Daftar Grabcar Driver Mudah dan Terkini Online di Malaysia 2018
  2. Jenis Kereta Grabcar Malaysia Yang Perlu Anda Ketahui
  3. Grabcar Tips Malaysia – Kawasan Sibuk Grabcar di Lembah Klang, N.Sembilan dan Johor
  4. Syarat Grabcar Malaysia Yang Amat Perlu Anda Patuhi
  5. Pendapatan Pemandu Grab 5 Hari Seminggu