Servis Axia 40000km Mahal Sikit Sebab Major Servis

servis axia 40000km

Servis Axia 40000km. 3 hari yang lepas PG bawak kereta Axia pergi servis untuk yang ke 40000km. Namun bukanlah tepat² 40000km ketika itu, mileage sebenar ketika berada di pusat servis ialah 40539km. PG dimaklumkan jangan jauh sangat mileage dari yang ditetapkan, takut void warranty nanti.

servis axia 40000km

PG servis Axia 40000km di pusat servis Perodua. PG tidak servis di bengkel biasa sebab tidak mahu void warranty. Risau pulak jika void warranty dan jika ada apa² berlaku lagi banyak pulak kos yang hendak ditanggung sendiri. Huhu.

Disebabkan memandu Grabcar, memang cepat mileage naik. Jika PG memandu Grabcar, mileage purata ialah 300km sehari. Itu yang dalam masa beberapa bulan sudah tiba masa untuk servis Axia 40000km.

Untuk servis ke 40000km ini, kosnya agak tinggi berbanding servis² sebelumnya. Mahal sikit sebab servis ke 40000km dikira major servis.

servis axia 40000km

Kos upah untuk servis Axia 40000km ialah RM136.74 termasuk GST. Kos ini melibatkan servis yang ke 40000km berjumlah RM84.80 dan alignment balancing berjumlah RM51.94.

Antara spare parts yang ditukar ketika servis Axia 40000km ialah:-

  1. Oil Filter – RM11.98
  2. Minyak Hitam – RM127.92
  3. Spark Plug – RM35.62
  4. Brake Fluid – RM21.20
  5. Radiator Coolant – RM26.50
  6. Gasket – RM4.03
  7. Aircond Belting – RM45.58

Jumlah keseluruhan untuk spare parts tersebut ialah RM272.83. Oleh itu, grand total servis Axia 40000km ialah RM409.57.

Selepas mencecah mileage legih 40000km, PG sangat berpuas hati dengan prestasi Axia. Tiada masalah besar yang timbul Alhamdulillah. Ianya sebuah kereta mampu milik yang tahan lasak.

Ramai pemandu Grabcar di luar sana yang memilih Axia sebagai jenis kereta Grabcar pilihan mereka. Faktor utama ialah disebabkan Axia sangatlah jimat minyak. Dengan harga minyak semasa ketika ini, perjalanan lebih kurang 300km sehari hanya melibatkan kos minyak sebanyak RM40 sahaja.

Kos servis pun masih dikira murah dan berpatutan berbanding kereta jenis lain. Sangat berbaloi menjadikan Axia sebagai kereta Grabcar kerana dapat meningkatkan keuntungan hasil pemanduan Grabcar. Alhamdulillah.

Terima kasih sebab sudi membaca entri Servis Axia 40000km. Jangan lupa juga untuk baca entri:-

  1. Cara Daftar Grabcar Driver Mudah dan Terkini Online di Malaysia 2018
  2. Jenis Kereta Grabcar Malaysia Yang Perlu Anda Ketahui
  3. Grabcar Tips Malaysia – Kawasan Sibuk Grabcar di Lembah Klang, N.Sembilan dan Johor
  4. Syarat Grabcar Malaysia Yang Amat Perlu Anda Patuhi