Sewa Kereta Murah Untuk Grabcar OK atau Tak?

Sewa kereta murah untuk Grabcar. Kepada yang berminat untuk jadi Grab driver tetapi tak mempunyai kereta sendiri, korang ada pilihan untuk menyewa sebuah kereta.

sewa kereta murah untuk grabcar

Kalau nak jadi Grab driver secara full time/sepenuh masa, ya disarankan sewa kereta murah untuk Grabcar. Tetapi kalau nak jadi Grab driver secara part time/separuh masa, amat tidak digalakkan untuk sewa kereta sebab tak berbaloi.

Kos sewa kereta murah untuk Grabcar biasanya purata dalam RM300 – RM450 seminggu. Harga berbeza bergantung kepada jenis model kereta yang korang pilih. Biasanya syarikat sewa kereta memerlukan deposit seminggu ataupun dua minggu.

Tak perlu sewa kereta yang mahal2. Pilih kereta yang jimat minyak. Kereta yang sesuai dan menjadi pilihan majoriti Grab driver ialah perodua Axia, Bezza dan Myvi. Jika sewa kereta, korang tak perlu risau kos servis kereta tersebut. Sebab ianya dah termasuk sekali dalam kos sewaan mingguan tuh.

Rajin, disiplin dan usaha

Apabila korang dah buat keputusan untuk jadi Grab driver dan ingin sewa kereta untuk tujuan itu, automatik korang kenalah rajin, disiplin dan berusaha lebih sedikit. Sewa kereta bermakna kos operasi dah meningkat.

Untuk pengetahuan semua, ramai jer Grab driver yang menyewa kereta. Alhamdulillah kebanyakkannya kata OK dan masih menguntungkan. Nak untung banyak diaorang drive lama sikit. Kalau drive malas2 dan tak disiplin, maka sikitlah untungnya. Itu jer perbezaannya.

Walau bagaimanapun, jika ada kereta sendiri itu yang terbaik lah yer. Contohnya jika kereta sendiri pun bayar dalam RM300 – RM450 jugak, tetapi untuk tempoh masa sebulan.

Berminat nak jadi pemandu Grab? Sila whatsapp PG untuk maklumat lanjut k, klik sini -> http://wasap.my/60163337689/daftar_grabcar_percuma

Terima kasih sebab sudi baca entri Sewa Kereta Murah Untuk Grabcar.  Jangan lupa juga baca entri best kat bawah nih:-

1)  Cara Daftar Grabcar Driver Mudah dan Terkini Online di Malaysia 2018

2) Grab Kiosk Berhampiran Kawasan Anda Yang Perlu Anda Ketahui

3) Jenis Kereta Grabcar Malaysia Yang Perlu Anda Ketahui

4) Grabcar Tips Malaysia – Kawasan Sibuk Grabcar di Lembah Klang, N.Sembilan dan Johor

5) Tips Pemandu Grabcar Khususnya Pemandu Baru