Tips Pemandu Grabcar Khususnya Pemandu Baru

Tips pemandu Grabcar. Kalau nak berkongsi tips pemandu Grabcar ni memang ada banyak sebenarnya. Tapi dalam entri ini, PG akan kongsikan tips² yang PG rasakan penting sahaja yer, terutama untuk korang yang masih baru dalam industri pemanduan Grabcar nih.

tips pemandu grabcar

Akaun Grabcar Anda Baru Aktif?

Pertamanya, tahniah sebab permohonan korang untuk menjadi pemandu Grabcar sudah berjaya. Mesti gembira yang amat sangat, kan? PG yakin niat masing² hendak menambah pendapatan keluarga. Insya Allah jika niatnya baik Allah SWT akan permudahkan. Jom kita sama² tambah pendapatan dengan cara yang Halal.

Antara tips pemandu Grabcar khususnya kepada pemandu baru ialah:-

1] Download Aplikasi Grab Driver

Sila download aplikasi Grab Driver di dalam smartphone korang. Di bawah PG kongsikan link download berbeza iaitu untuk pengguna smartphone Andriod dan Apple.

2] Top-up Aplikasi Grab Driver

Untuk mendapat job atau tempahan dari pengguna Grabcar. Perkara pertama yang perlu korang buat ialah top-up aplikasi Grab Driver. Untuk permulaan, korang perlu top-up minimum RM20. Tapi dinasihatkan untuk top-up lebih sikit supaya korang akan sentiasa dapat job. Leceh pulak jika asyik nak top-up selalu kan.  Pastikan baki kredit korang minimum RM20 untuk mendapat job seterusnya.

Top-up ini ialah kerana pihak Grab hendak potong 20-25% komisen untuk setiap job yang telah korang selesaikan. Cara nak top-up aplikasi Grab Driver ada beberapa cara. Jangan risau mudah sahaja,

  • Cara 1 – Beli top-up kat Petronas / 7-Eleven / KK Mart yang terpilih sahaja. Bagitau staff bertugas korang nak beli “GRAB TOP-UP”.
  • Cara 2 – Top-up menggunakan aplikasi E-Pay.
  • Cara 3 – Transfer dari cash wallet applikasi Grab Driver.

Selepas selesai download aplikasi Grab Driver dan top-up. Korang dah boleh bersedia untuk melakukan tugasan sebagai pemandu Grabcar.

Tips Pemandu Baru Grabcar

Antara tips utama ialah korang perlu tahu kawasan² hotspot pengguna Grabcar, nak tahu lebih lanjut sila baca entri Grabcar Tips Malaysia – Kawasan Sibuk Grabcar di Lembah Klang, N.Sembilan dan Johor. Jika korang fokus dan sentiasa berada di kawasan² tersebut, Insya Allah pendapatan korang sebagai pemandu Grabcar akan konsisten.

Antara tips² lain ialah:-

1] Sila hadam manual Grab Driver. Banyak info penting dalam manual tersebut. Tengok dan hadamkan 2-3 kali pun takpe supaya benar² faham sebelum melakukan pemanduan Grabcar yang pertama. Boleh rujuk SINI untuk hadam manual Grab Driver.

2] Jangan lupa save kan nombor telefon Grab HQ di dalam handphone korang untuk sebarang pertanyaan ataupun kecemasan.

Grab HQ → 03- 7964 5000 / 1300-80-5858

3] Sila jaga rating Grab Driver korang. Ini penting.

→ Acceptance rate – minimum 30%

→ Cancellation rate – maximum 10%

4] 90% pengguna Grabcar membayar tambang secara tunai. So sila pastikan korang menyediakan duit baki yang mencukupi.

5] Isi minyak penuh siap² sebelum memulakan tugas. Sila jangan berhenti dan isi minyak ketika sedang menghantar penumpang. Penumpang tak suka dan rating korang boleh jatuh teruk.

6] Sila top-up smart-tag / touch-n-go korang siap² sebelum memulakan tugas.

7] Korang kene makan dan minum secukupnya. Jangan asyik nak berhenti rehat jer. Itu malas namanya. Hehe. Berhenti bila perlu contohnya untuk makan, solat dan toilet.

8] Apabila penumpang melangkah masuk ke dalam kereta korang, sila bagi salam. Ucapkan Assalamualaikum/Hai, ini sahaja sudah mencukupi. Ketika dalam perjalanan, bolehlah tanya lagi 1-2 soalan contohnya “Tuan sudah makan?” ataupun “Aircond kereta saya OK tak?”. Tujuannya untuk menampakkan kita ni tak sombong dan hendak ajak berborak. Tapi 1-2 soalan dah memadai. Jangan lebih² tanya soalan terutamanya soalan bersifat peribadi dan politik. Ada penumpang yang jenis suka berborak. Ada pula yang kita tanya sepatah dia jawab sepatah.

9] Selepas menghantar penumpang, sila tunggu 5 minit untuk job seterusnya. Jika tiada job baru masuk, silalah bergerak ke kawasan hotspot.

10] Pakaian bebas tapi perlulah kemas. Jangan selekeh² sebab boleh menjatuhkan rating Grab driver korang.

PG harap serba sedikit tips pemandu Grabcar di atas dapat membantu khususnya korang yang bergelar pemandu baru Grabcar.

Terima kasih sebab sudi baca entri Tips Pemandu Grabcar. Jangan lupa juga untuk baca:-

1] Cara Daftar Grabcar Driver Mudah dan Terkini Online di Malaysia 2018

2] Jenis Kereta Grabcar Malaysia Yang Perlu Anda Ketahui

3] Syarat Grabcar Malaysia Yang Amat Perlu Anda Patuhi

One Reply to “Tips Pemandu Grabcar Khususnya Pemandu Baru”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *